Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40 | YTL Foundation dengan kerjasama YES serta FrogAsia telah menyediakan data mudah alih serta bahan pembelajaran secara atas talian dengan percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di seluruh Malaysia. Hal ini demikian adalah bagi menjaga keselamatan anak – anak serta dapat terus menyokong pembelajaran mereka.
Portal Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai program yang telah disediakan ini.
Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40
Pihak YTL bakal memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma serta lengkap dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) untuk membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.
Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma
Sebagai salah seorang pejuang di barisan hadapan serta mewakili para pelajar, khdimat para guru amat diperlukan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat yang diberikan ini.
Jika guru mendapati mana – mana pelajar yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dari golongan keluarga B40 sehinggakan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama pelajar tersebut pada borang di pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

3 Langkah Mudah Bagi Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Dibawah ini dikongsikan tiga langkah mudah bagi guru yang ingin menamakan pelajar yang memerlukan bantuan :

Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
semoga dimurahkan rezeki kepade pemberi bantuan. kalau dpt alhamdulillah amin
replyy
Reply
Saya daftar anak fon macam mana
nak daftar cam ner..
Nak daftar mcm mana
How to apply?
Ank saya layak..tpi dia suruh daftr lgi utk pengesahan mklumt penghntran..tpi bile isi borg bab yg kena ambik gambar ic bapa dan kena ambik ic bapa sambil memegang icnya skli x boleh pun..stu lgi ank sye yg layak ni xde mykid.hnye surt brank aje.boleh ke?..
Mcmna cara nak mohon dptkn smartphone utk anak anak..
Camne nak mohon bantuan telefon percuma?