Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40 | YTL Foundation dengan kerjasama YES serta FrogAsia telah menyediakan data mudah alih serta bahan pembelajaran secara atas talian dengan percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di seluruh Malaysia. Hal ini demikian adalah bagi menjaga keselamatan anak – anak serta dapat terus menyokong pembelajaran mereka.
Portal Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai program yang telah disediakan ini.
Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40
Pihak YTL bakal memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma serta lengkap dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) untuk membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.
Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma
Sebagai salah seorang pejuang di barisan hadapan serta mewakili para pelajar, khdimat para guru amat diperlukan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat yang diberikan ini.
Jika guru mendapati mana – mana pelajar yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dari golongan keluarga B40 sehinggakan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama pelajar tersebut pada borang di pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

3 Langkah Mudah Bagi Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Dibawah ini dikongsikan tiga langkah mudah bagi guru yang ingin menamakan pelajar yang memerlukan bantuan :

Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Insyaallah Klau rezeki saya
Roshanaysh
In sya Allah…ada rezki ank2..dpt la merasa…
Boleh terangkan macam mana nak apply , adakah cikgu yang perlu apply kan atau parent? Sebab starting je minta nama pengesyoran mean cikgu. camne ye, ada sesiapa boleh terangkan lebih jelas untuk pengisian permulaan borang tu? Terima kasih
In sha allah ada rezeki tak ke mna
Kalu rezeki tu ada alhamdulillah UTK ank belajar melalui telefon yg di beri nanti .. insahallah ..
Saya terhutang budi kepada YTL Foundation yang menolong pelajar menangani masalah ini.
Saya tidak tahu bagaimana mahu memohon ini..
Tgok siapa yg penderma tu..tahu tak siapa YTL n YeS..kedua2 adalh org kafir..YTL siapa tak knl…
I wan apply hp for my daughter, n myself is single mother , need help
I want help my uncle daughter…my aunty is single mother with 4 daughter…3th[form 4] and 4th[form 1]…I hope one of them can get this diamond opportunity