Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40 | YTL Foundation dengan kerjasama YES serta FrogAsia telah menyediakan data mudah alih serta bahan pembelajaran secara atas talian dengan percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di seluruh Malaysia. Hal ini demikian adalah bagi menjaga keselamatan anak – anak serta dapat terus menyokong pembelajaran mereka.
Portal Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai program yang telah disediakan ini.
Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40
Pihak YTL bakal memberikan bantuan dengan memberi telefon bimbit secara percuma serta lengkap dengan data sebanyak 120GB (iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) untuk membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah.
Peranan Guru Dalam Menyalurkan Telefon Bimbit Percuma
Sebagai salah seorang pejuang di barisan hadapan serta mewakili para pelajar, khdimat para guru amat diperlukan bagi mengenalpasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat yang diberikan ini.
Jika guru mendapati mana – mana pelajar yang tidak mempunyai sebarang alat peranti di rumah dari golongan keluarga B40 sehinggakan tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah, sila sertakan nama pelajar tersebut pada borang di pautan https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/

3 Langkah Mudah Bagi Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan
Dibawah ini dikongsikan tiga langkah mudah bagi guru yang ingin menamakan pelajar yang memerlukan bantuan :

Langkah 1# Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
- Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih berserta ibubapa pelajar.
Langkah 2# Borang dilengkapkan oleh ibubapa
- Sekiranya sah, ibubapa akan menerima notifikasi e-mel untuk melengkapi proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
Langkah 3# Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan
- Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima e-mel berkenaan penghantaran
Untuk pencalonan pelajar yang berkelayakan untuk memohon telefon bimbit percuma dari YTL Foundation, sila klik pautan di bawah:
Pencalonan Pelajar: https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
saya rasa dlm persoalan yang berlegar² di kepala..lebih baik tanya cikgu untuk sebarang maklumat yang lebih sahih. Ini kerana apa yang saya faham..cikgu sahaja yang dpat menyokong permohonan pemilikan hp percuma ini. Tiada sokongan dari cikgu..ibu bapa tidak dapat berbuat apa². Terima kasih.
He to apply?
Mcm mna nak apply telefon free ni.
Mcm kita boleh dapat fon yg percuma….kita nk ambil kt mn
mcm mn nak isi…form pun tk ada
Macam mana nak mohon..minta borang permohonan
Minta borang tlg
mw jga fon ni..
Macam mana nk isi borang dan mohon di online
Tekan link pencalonan pelajar tu .. phtu ikut je step by step .. kat situ ada borang pencalonan
Tekan link https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/ > tekan BANTULAH KELUARGA B40 > tekan NAMAKAN DISINI > lengkapkan BORANG PENCALONAN
Jgn lupe bace syarat² yg tertera sebelum SUBMIT
bantuan ini perlu diisi oleh guru atau pelajar itu sendiri?
bantuan in perlu diisi oleh guru atau pelajar itu sendiri?
Boleh dapat phone selepas isi borang ni?
dh maklum kan pada cikgu.. tp cikgu xnk isikan.. hurmmm..
Macam Mana nak ambil telepon