Cara Memohon » Bantuan Awal Persekolahan RM100 – Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

Bantuan Awal Persekolahan RM100 – Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5

Bantuan Awal Persekolahan RM100 (BAP) 2021 merupakan bantuan one-off yang sudah diperkenalkan sejak tahun 2012 bagi meringankan beban perbelanjaan murid yang ditanggung oleh ibu bapa B40.

Bantuan ini khusus diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang tergolong dalam kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah RM3,000.00 ke bawah sahaja.

bantuan persekolahan

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan RM100

Pemilihan bantuan kepada murid ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan KPM seperti berikut:

  • Murid warganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berasal dalam kalangan isi rumah B40 berpendapatan RM3,000 sebulan.
  • Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri & Sekolah Swasta.

Cara Permohonan Bantuan Awal Persekolahan :

Setiap murid yang berkelayakan tidak perlu memohon kerana pihak sekolah sendiri akan menyenaraikan nama murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolahan ini.

Sekiranya nama murid tidak tersenarai, sila dapatkan borang permohonan daripada pihak sekolah.

1. Pihak sekolah akan memberikan Borang Permohonan Bantuan – BORANG PB1 dan diberikan kepada penjaga/ibubapa murid.

Borang Bantuan Awal Persekolah Borang PB-1

Contoh Borang PB1

2. Sila lengkapkan borang tersebut dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti bukti pendapatan bulanan, salinan sijil kelahiran murid dan lain-lain.

3. Bantuan tersebut akan disalurkan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) secara berperingkat ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.

4. Sila rujuk garis panduan seperti yang dilampirkan oleh KPM di bawah :

Semoga berjaya dalam permohonan untuk Bantuan Awal Persekolahan ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

Bagi ibu bapa yang inginkan Bantuan Telefon Percuma untuk pelajar, sila mohon Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar B40.  Dapatkan borang dan mohon bantuan tersebut dengan segera.

Leave a Comment

×