Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan untuk Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 baru-baru ini dalam Bantuan Prihatin Nasional. Program ini diadakan khas untuk membantu majikan dalam mengelakkan pekerja-pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh wabak yang melanda Malaysia ini.

Kerajaan telah mengekalkan kadar upah pekerja RM600 untuk setiap pekerja *bergantung kepada bilangan pekerja dalam syarikat*. Portal Rasmi Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini.

 

Info Terperinci Program Subsidi Upah PERKESO

Bil Pekerja Dalam Syarikat Bantuan Subsidi
Lebih 200 orang (Syarikat Besar) RM600
76 – 200 (Syarikat Sederhana) RM600
Bawah 75 orang (Syarikat Kecil) RM600

Jika tidak pernah menerima PSU sebelum ini, majikan layak untuk mendapatkan tambahan 6 bulan. Jika pernah menerima, hanya layak untuk 3 bulan sahaja.

Syarat Kelayakan

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]

  • Majikan & pekerja perlu berdaftar & mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Majikan dilarang membuang pekerja, tetapi dibenarkan untuk memotong gaji atau kurangkan waktu kerja selepas berunding dengan pekerja.
  • Bantuan hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4000 sahaja.

[/su_list]

kriteria kelayakan psu

Cara Permohon Program Subsidi Upah 2.0

 

Program bantuan PSU 2.0 ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan perlu dikemukan oleh majikan di pautan berikut:
prihatin.perkeso.gov.my

Pembayaran subsidi ini perlu diuruskan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat oleh PERKESO.

Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Dokumen yang Diperlukan

Majikan perlu sediakan senarai dokumen-dokumen berikut untuk memohon Program Subsidi Upah:

[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]

  • Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

[/su_list]

[su_youtube url=”https://youtu.be/nXxUURvkE68″]

“Apa yang patut dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU TIDAK BAYAR GAJI, MEMECAT PEKERJA , POTONG GAJI, ATAU MENYURUH AMBIL CUTI TANPA GAJI?

Jawapan : 

Pekerja boleh semak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di : https://eiscentre.perkeso.gov.my/ 

Dan boleh buat aduan mengenai PSU 2.0 di e-aduanpsu.

Ataupun rujuk di talian khidmat pelanggan berikut:

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) : 03-8890 3404 atau 03-8886 2409
atau emel di [email protected].

 

48 thoughts on “Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan”

  1. Nak tanya..kami tergolong dalam 1200..buat masa sekarang kami kena kerja..contoh gaji kami 1500..kerajaan bantu 1200 kan?adakah gaji kami jadi 2700?sebab kami kena kerja seperti biasa

    Reply
  2. Saya nak tanyak mcm saya nie bekerja sebagai polis bantuan d sebuah syarikat swasta ladang kelapa sawit,bergaji RM1250 adakah bantuan tu akan dapat rm1200 jgk…tpi permasalahannya pihak majikan saya nie x ada ambik peduli hal nie apa yg perlu saya lakukan agar pihak majikan saya blh tuntut hak kami…

    Reply
  3. Suami Saya tidak dibayar gaji oleh majikan.
    Pihak majikan tidak mahu mengambil inisiatif program subsidi upah.
    Apa tindakan yang harus diambil?

    Reply
  4. 1:Macam mana kita nak tahu majikan bayar gaji Pekerja?

    2:Pekerja boleh buat report kalau majikan tidak bayar gaji untuk perkerja ke?

    3:Kalau majikan tidak ambil peduli pasal Pekerja? Apa yang harus kami buat?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×