Program Subsidi Upah PERKESO | Dinaikkan sehingga RM1200 Sebulan

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan untuk Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Prihatin PKS pada petang tadi 6 April 2020. Program ini diadakan khas untuk membantu majikan dalam mengelakkan pekerja-pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh PKP ini.

Kerajaan telah menaikkan kadar upah daripada RM600 untuk setiap pekerja kepada RM1200 *bergantung kepada bilangan pekerja dalam syarikat*. Portal Rasmi Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini.

Info Terperinci Program Subsidi Upah PERKESO

Bil Pekerja Dalam SyarikatBantuan Subsidi
Lebih 200 orangRM600
76 – 200RM800
Bawah 75 orangRM1200

Bagi majikan yang ingin mengambil bantuan ini, mereka perlulah kekalkan pekerja mereka untuk tempoh selama 6 bulan. 3 bulan semasa menerima subsidi updah & 3 bulan selepas daripada tempoh tersebut.

Syarat Kelayakan

  • Hanya untuk pekerja yang berdaftar & mencarum dalam Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO EIS.
  • Majikan perlu membuat akuan syarikat yang mereka mengalami penurunan pendapatan syarikat sebanyak 50% sejak Januari 2020 lepas.
  • Dalam tempoh 6 bulan tersebut (3 bulan semasa bantuan & 3 bulan selepas itu), majikan dilarang membuang pekerja, memotong gaji, & mengarahkan pekerja ambil cuti tanpa gaji.
  • Bantuan hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4000 sahaja.
  • Terhad untuk 100 pekerja sahaja bagi setiap majikan dan terbuka kepada semua sektor.

Contoh situasi:

situasi program subsidi upah

Cara Permohon Program Subsidi Upah




 

Program bantuan ini akan berkuatkuasa pada 1 April ini. Hanya MAJIKAN sahaja yang boleh memohon. Permohonan perlu dikemukan oleh majikan di pautan berikut:
prihatin.perkeso.gov.my

Pembayaran subsidi ini perlu diuruskan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat oleh PERKESO.

Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Dokumen yang Diperlukan

Majikan perlu sediakan senarai dokumen-dokumen berikut untuk memohon Program Subsidi Upah:

  • Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

Perbezaan ERP & Program Subsidi Upah

 Beza erp dan program subsidi upah

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Sila Share Artikel Ini Dahulu!