Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira | Umum maklum, ramai yang amat terkesan dengan PKP yang ditetapkan, namun demi kebaikan Malaysia semua rakyat perlu mematuhinya. Jadi Bantuan Musaadah Khaira ini telah dilancarkan oleh PPZ-MAIWP dengan peruntukan sebanyak RM1 Juta kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Semua layak memohon.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda panduan mudah memohon bantuan ini.
BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ
Permohonan yang yang berjaya anda akan diberikan bantuan “one off” sebanyak RM300 kepada mereka yang betul-betul layak sahaja. Dibawah ini akan disenaraikan syarat kelayakan bagi memohon Bantaun Musaadah Khaira PPZ serta langkah – langkah untuk memohon.
SYARAT KELAYAKAN MOHON MUSAADAH KHAIRA PPZ
Sila baca dahulu syarat permohonan dibawah ini sebelum memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ :
- Rakyat Malaysia
- Berumur 20 tahun & keatas
- Dibawah Kategori B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan)
- Individu yang terjejas berpunca pendapatan ketika wabak COVID-19.
PANDUAN MEMOHON BERGAMBAR
Permohonan bagi bantuan ini hanya dibuka secara online sahaja dengan melayari portal rasmi Musaadah Khaira mulai 1 April. Dibawah ini merupakan langkah – langkah untuk membuat permohonan :
Pautan Memohon : www.MusaadahKhaira.zakat.com.my
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Sila sertakan dokumen sokongan yang perlu dimuat naik/ upload semasa permohonan. Antara dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan
- Bagi yang bekerja – Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja / Slip Pendapatan atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang berkenaan
- Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon perlu lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
Upload dokumen sokongan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dan masukkan ke dalam borang permohonan.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN
Penyemakan status permohonan boleh dilakukan di laman utama Musaadah Khaira dengan hanya memasukan nombor IC anda. Jika berjaya, bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapat sebarang kemaskini atau mempunyai pertanyaan mengenai permohonan, anda boleh mengikuti medium seperti berikut :
- Facebook Page: Khaira PPZ
- Laman web rasmi Musaadah Khaira PPZ