Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan untuk Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 baru-baru ini dalam Bantuan Prihatin Nasional. Program ini diadakan khas untuk membantu majikan dalam mengelakkan pekerja-pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh wabak yang melanda Malaysia ini.
Kerajaan telah mengekalkan kadar upah pekerja RM600 untuk setiap pekerja *bergantung kepada bilangan pekerja dalam syarikat*. Portal Rasmi Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini.
Info Terperinci Program Subsidi Upah PERKESO
| Bil Pekerja Dalam Syarikat | Bantuan Subsidi |
| Lebih 200 orang (Syarikat Besar) | RM600 |
| 76 – 200 (Syarikat Sederhana) | RM600 |
| Bawah 75 orang (Syarikat Kecil) | RM600 |
Jika tidak pernah menerima PSU sebelum ini, majikan layak untuk mendapatkan tambahan 6 bulan. Jika pernah menerima, hanya layak untuk 3 bulan sahaja.
Syarat Kelayakan
[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]
- Majikan & pekerja perlu berdaftar & mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
- Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
- Majikan dilarang membuang pekerja, tetapi dibenarkan untuk memotong gaji atau kurangkan waktu kerja selepas berunding dengan pekerja.
- Bantuan hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4000 sahaja.
[/su_list]

Cara Permohon Program Subsidi Upah 2.0
Program bantuan PSU 2.0 ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Permohonan perlu dikemukan oleh majikan di pautan berikut:
prihatin.perkeso.gov.my
Pembayaran subsidi ini perlu diuruskan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat oleh PERKESO.
Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Dokumen yang Diperlukan
Majikan perlu sediakan senarai dokumen-dokumen berikut untuk memohon Program Subsidi Upah:
[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]
- Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
- Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
- Akuan Pengisyitharan PSU50
- Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
- Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
- Bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.
[/su_list]
[su_youtube url=”https://youtu.be/nXxUURvkE68″]
“Apa yang patut dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU TIDAK BAYAR GAJI, MEMECAT PEKERJA , POTONG GAJI, ATAU MENYURUH AMBIL CUTI TANPA GAJI?
Jawapan :
Pekerja boleh semak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di : https://eiscentre.perkeso.gov.my/
Dan boleh buat aduan mengenai PSU 2.0 di e-aduanpsu.
Ataupun rujuk di talian khidmat pelanggan berikut:
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) : 03-8890 3404 atau 03-8886 2409
atau emel di [email protected].
Boleh tanya macam mana nak tahu sebab
Saya ada potongan pakeso oleh majikan dulu
syarikat sy bekerja hanya daftar ssm ja..boleh ka mohon skim nie..kami dibayar gaji hari ja..tiada potongan kwsp dan socso..mohon pencerahan..kami diberi cuti tanpa gaji..tiada bantuan lain diterima..dah sebulan tiada menerima mana2 bantuan..barang dapur hampir habis..susu pampers anak hampir habis..tiada kerja..mana nk dapat duit..susah hati hanya tuhan ja yg tahu..
Tuan, apa yang saya tahu.. tuan kerja dibawah kontrak, iaitu gaji hari.. jadi tiada kwsp dan socso maka tidak dapat mohon.. sekiranya company daftar SIP( pencarum perkeso) maka layak.. maaf saya cuma utarakan pendapat yang saya tahu..
Saya dah berhenti kerja bulan Febuari 2020 dsn sykt lama ada buat EIS. Dan saya belum dot kerja lagi. Boleh data apply utk EID
Tumpang tanya kalau dalam mc LG boleh DPT k sebap sy TGH mc patah kaki
Nak tny macam mana klu majikan dh tamat kan perhikmatan .sy br masuk 2minggu keje dgn kwn sy. Tiba2 psl covid 19 sdh lock down .majikan srh tunggu on cl.tp kite hny terima surat ditamat kan kerja .kwn sy sdh tanya dekat majikan melalui wasap tp smpi skrg tiada jawapan.
Sy mencari kerja selama 2 bulan n dapat kerja ini 2 minggu shaja sy kerja di sana tiba tiba menerima surat dari majikan n mengatakan tamat perkhidmatan dalam masa susah begini di mana sy nk vari kerja lagi ade 2 org anak kecil saya bersusah paya cari kerja ni dan x kan pasal covid 19 lockdown mereka membuang saya begitu sahaja fan memberitahu akan hubungi sy selapas lockdown jika saya tunggu utk mereka hubungi bagaimanakah sy nk jalankan harian tampa duit saya nak cara untuk penyelesaikan masalah ni adakah majikan blh buang kerja begitu sahaja???
Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd perkeso. Disini sy ingin menanyakan bgaimana kita sbgai seorg pkerja di sebuah syarikat ingin tahu majikan/syarikat membayar socso atau tidak? Sy sudah buat online sbelum ni. Tapi tidak boleh buka sudah.
Salam, sya kje dgn sykt fisio. Mjikn anta msg tempoh pkp ni gji byr 1/2 je. Dan dh dpt pn gji sparuh. Mjikn bg tau spa2 xdtg kje tkot covid blh cuti tnpa gji atau mik cti rehat sndri sehingga tmat pkp….majikn begini blh ke kita saman dia dsn bgaimanank tau mjikn ni claim de claim ERP san WADGE SUBSUDI
Sesiapa tau tlg explain
Tuan.. ketika pekerja telah diterima di syarikat tersebut.. maka perlu mereka (HR) bagi satu black n white(syarat2 or apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak).. apa2 tuan boleh refer ke pejabat buruh.. pastikan tau details lebih tentang nama syarikat sbgainya..maaf ya ini yang saya rujuk2 tengok pendapat orang lain juga..
SELAMAT PAGI TUAN / PUAN,
Tuan / Puan… syarikat saya ingin memohon program subsidi upah, Dokumen yang perlu diupload ialah borang akuan pengisthiharan PSU50, Lampiran senarai pekerja, Salinan perniagaan, ID pengenalan bank panel (BRN), salinan penyata bank untuk syarikat yang mendaftarkan pekerja di bawah 75 orang pekerja. tetapi saya ingin tahu dalam borang lampiran senarai kerja ada tertulis Tuntutan ke 1,2,3. Oleh itu, saya keliru sama ada saya perlu mengisi untuk setiap 1 bulan atau sekali di isi kan tuntutan ke 1,2,3 sekali dalam borang berkenaan. Tuan / Puan.. adakah saya perlu membuat tuntutan lanjutan lagi kah setelah permohonan di luluskan. terima kasih di atas keprihatinan dan kerja sama Tuan / Puan dalam perkara ini. tq
Macam mana pekerja boleh pastikan bahawa majikan sudah memohon atau tidak Program Subsidi Upah, sebab kalau majikan enggan berkongsi tentang permohonan ini kepada pekerjanya dan lepas duit masuk akaun majikan dia terus diam dan tipu pekerja macam mana? Tlg bg tau sat…