Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan untuk Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 baru-baru ini dalam Bantuan Prihatin Nasional. Program ini diadakan khas untuk membantu majikan dalam mengelakkan pekerja-pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh wabak yang melanda Malaysia ini.

Kerajaan telah mengekalkan kadar upah pekerja RM600 untuk setiap pekerja *bergantung kepada bilangan pekerja dalam syarikat*. Portal Rasmi Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini.

 

Info Terperinci Program Subsidi Upah PERKESO

Bil Pekerja Dalam Syarikat Bantuan Subsidi
Lebih 200 orang (Syarikat Besar) RM600
76 – 200 (Syarikat Sederhana) RM600
Bawah 75 orang (Syarikat Kecil) RM600

Jika tidak pernah menerima PSU sebelum ini, majikan layak untuk mendapatkan tambahan 6 bulan. Jika pernah menerima, hanya layak untuk 3 bulan sahaja.

Syarat Kelayakan

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]

  • Majikan & pekerja perlu berdaftar & mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Majikan dilarang membuang pekerja, tetapi dibenarkan untuk memotong gaji atau kurangkan waktu kerja selepas berunding dengan pekerja.
  • Bantuan hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4000 sahaja.

[/su_list]

kriteria kelayakan psu

Cara Permohon Program Subsidi Upah 2.0

 

Program bantuan PSU 2.0 ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan perlu dikemukan oleh majikan di pautan berikut:
prihatin.perkeso.gov.my

Pembayaran subsidi ini perlu diuruskan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat oleh PERKESO.

Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Dokumen yang Diperlukan

Majikan perlu sediakan senarai dokumen-dokumen berikut untuk memohon Program Subsidi Upah:

[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]

  • Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

[/su_list]

[su_youtube url=”https://youtu.be/nXxUURvkE68″]

“Apa yang patut dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU TIDAK BAYAR GAJI, MEMECAT PEKERJA , POTONG GAJI, ATAU MENYURUH AMBIL CUTI TANPA GAJI?

Jawapan : 

Pekerja boleh semak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di : https://eiscentre.perkeso.gov.my/ 

Dan boleh buat aduan mengenai PSU 2.0 di e-aduanpsu.

Ataupun rujuk di talian khidmat pelanggan berikut:

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) : 03-8890 3404 atau 03-8886 2409
atau emel di [email protected].

 

48 thoughts on “Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan”

    • Mcm sy dh resignt last 31/03/2020…boleh ke sy gi kwsp buat rayuan …brhenti kje pn sb selalu xsihat sb demm…lgi pn tgh pregnant kesihatan xmenentu

      Reply
  1. Saya dah berhenti kerja pd 27 Apr 2019 selepas operate slip disc.permohonan perkeso sy sbg org yg berpenyakit khidmat saya gagal.Mcm saya ni boleh ke mohon program subsidi upah perkeso?.terima kasih

    Reply
  2. Saya bekerja di sebuah syarikat mengampit minyak masak, tapi majikan tak buat potongan socso dan kwsp untuk saya kerana ingin membuat potongan selepas 3bulan bekerja. saya mula bekerja 1 januari 2020, bolehkah saya mohon skim ni?

    Reply
  3. saya bekerja di kedai makan lebih dari 8 bulan dan tak ada potongan kwsp,sejak kes covid 19 ni bos suroh saya cuti tanpa gaji..layak kah saya menerima bantuan ini…

    Reply
  4. Macam mana kalau sudah sign agreement contract setahun lepas ITU dibuang kerja disuruh sign Surat berhenti Dan tidak boleh menuntut apa apa pampasan

    Reply
  5. saya berkerja sebagai pembantu dapur di sebuah kedai bakery selama 2 tahun. saya juga terima gaji tanpa potongan kwsp setiap bulan. sejak PKP, saya telah di beri cuti tanpa gaji dan hingga kini saya masih belum terima gaji utk bln mac.
    adakah saya layak utk memohon bantuan ini.

    Reply
  6. Bagaimana cara menuntut…sya sudah hampir sbln x blh kerja..sya kerja sbagai contract dgn syrikat ladang jika terus begini..nk mkn ape… bantuan lain pun x pernah terima.

    Reply
  7. Mcm mana nih tuan kita kerja 26 hari gaji ttp dpt 335 rm kita mari sini untuk cari duit lebih klo gaji mcm ni makan sini pun tak cukup saya kerja jadi penoreh deka ladang bukit Ketapang Kedah syarikat traduwins palantiton klo mcm ni bagai sja kita balik

    Reply
  8. Saya baru kerja di cafe tutup sbb covid-19 so adakah saya layak menerima bantuan,..gaji Hari…sekarang saya tiada pendapatan mcmane hendak teruskan hidup saya tiada bantuan diterima pun,tolong Bantu saya

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×