Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tambahan untuk Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 baru-baru ini dalam Bantuan Prihatin Nasional. Program ini diadakan khas untuk membantu majikan dalam mengelakkan pekerja-pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh wabak yang melanda Malaysia ini.

Kerajaan telah mengekalkan kadar upah pekerja RM600 untuk setiap pekerja *bergantung kepada bilangan pekerja dalam syarikat*. Portal Rasmi Jawatan Kosong akan kongsikan kepada anda maklumat lanjut mengenai program ini.

 

Info Terperinci Program Subsidi Upah PERKESO

Bil Pekerja Dalam Syarikat Bantuan Subsidi
Lebih 200 orang (Syarikat Besar) RM600
76 – 200 (Syarikat Sederhana) RM600
Bawah 75 orang (Syarikat Kecil) RM600

Jika tidak pernah menerima PSU sebelum ini, majikan layak untuk mendapatkan tambahan 6 bulan. Jika pernah menerima, hanya layak untuk 3 bulan sahaja.

Syarat Kelayakan

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff3ba9″]

  • Majikan & pekerja perlu berdaftar & mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • Majikan dilarang membuang pekerja, tetapi dibenarkan untuk memotong gaji atau kurangkan waktu kerja selepas berunding dengan pekerja.
  • Bantuan hanya untuk pekerja bergaji bawah RM4000 sahaja.

[/su_list]

kriteria kelayakan psu

Cara Permohon Program Subsidi Upah 2.0

 

Program bantuan PSU 2.0 ini akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan perlu dikemukan oleh majikan di pautan berikut:
prihatin.perkeso.gov.my

Pembayaran subsidi ini perlu diuruskan dalam tempoh 7 hari selepas pembayaran dibuat oleh PERKESO.

Baca Juga : Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Dokumen yang Diperlukan

Majikan perlu sediakan senarai dokumen-dokumen berikut untuk memohon Program Subsidi Upah:

[su_list icon=”icon: star” indent=”7″]

  • Senarai nama pekerja (terhad 200 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Akuan Pengisyitharan PSU50
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Bukti sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

[/su_list]

[su_youtube url=”https://youtu.be/nXxUURvkE68″]

“Apa yang patut dilakukan oleh pekerja sekiranya majikan yang menyertai PSU TIDAK BAYAR GAJI, MEMECAT PEKERJA , POTONG GAJI, ATAU MENYURUH AMBIL CUTI TANPA GAJI?

Jawapan : 

Pekerja boleh semak senarai nama majikan yang telah diluluskan permohonan PSU di : https://eiscentre.perkeso.gov.my/ 

Dan boleh buat aduan mengenai PSU 2.0 di e-aduanpsu.

Ataupun rujuk di talian khidmat pelanggan berikut:

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) : 03-8890 3404 atau 03-8886 2409
atau emel di [email protected].

 

48 thoughts on “Program Subsidi Upah PERKESO 2.0 RM600 Selama 3 Bulan”

  1. Saya telah mengambil cuti tanpa gaji sehingga pkp ni habis.. Dan sy masih lagi terikat dengan majikan ini..dan akan dipanggil bekerja semula lps keadaan sdh reda..jd persoalan saya adakah wajar saya mendapatkan subsidi dari perkeso selama sy masih dlm cuti tanpa gaji ini?

    Reply
  2. Kalau Macam Pekerja Dibuang Semasa Tempoh PKP Pada Siapa Hendak Di Adukan ?
    Mohon Bantuan
    Terima Kasih

    Reply
  3. Nak tanya, bagaimana kalau majikan paksa Kita ambil cuti Tanpa gaji, Dan tidak mahu tolong Kita memohon bantuan. Ada sebarang tindakan akan diambil keatas majikan tersebut, atau dimana Kita nak membuat aduan terhadap pihak majikan.

    Reply
  4. salam sejahtera saya rajeswari appalasamy baru bulan 2 ni berhenti dari kerja kilang so sampai sekarang tak dapat kerja lagi duduk rumah Tanpa gaji boleh pihak perkeso tolong saya dapat bantuan ..dulu saya ada potong EIS ..tolong minta bantuan tq pihak

    Reply
  5. Bagaimana pula kalau kes dalam tempoh cuti pkp ni.. Majikan sudah bayar gaji penuh.. Tapi selepas PKP majikan minta semua pekerja untuk menganti balik semua cuti tu?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×