Cara Daftar BSN Online – MyBSN (Panduan Bergambar)

Cara Daftar BSN Online MyBSN. Bank Simpanan Nasional telah melancarkan MyBSN khas kepada pengguna-pengguna akan BSN. Perbankan MyBSN secara online ini membolehkan pengguna membuat transaksi dengan mudah tanpa perlu pergi ke mesin ATM. Nak periksa BSH pun senang, hanya perlu semak secara atas talian sahaja.

Cara Daftar BSN Online


Mudah sahaja. Hanya perlu daftar secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan BSN di Malaysia. Pastikan anda mempunyai kad atm BSN anda sebelum memohon. Ikuti cara mudah berikut:

1. Buka portal rasmi MyBSN.

2. Tekan di butang “First Time Registration“.

3. Scroll terms & conditions sampai habis ke bawah, tekan “Accept” dan “Next“.

cara daftar bsn online mybsn

4. Masukkan 16 digit nombor kad bank anda, cvv2 (3 nombor belakang kad atm) dan tarikh expired kad anda.

5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

cara daftar bsn online mybsn 2

6. Cipta username dan password anda.

7. Tekan Request OTP, 6 nombor akan dihantar ke No Telefon yang pernah didaftarkan. Masukkan nombor tersebut.

8. Pilih gambar yang anda minat dan tekan Next.

cara daftar bsn online mybsn 4

9. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan “click here” untuk login dan masukkan username & password anda.

cara daftar bsn online mybsn 6

10. Isi semua maklumat peribadi anda.

11. Tahniah, anda sudah mempunyai akaun My BSN anda sendiri.

Kod OTP boleh di dapatkan dari nombor telefon anda yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN di BSN. jika berlaku “Unable to process your request” dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di 1 300 88 1900.

cara daftar bsn online mybsn 5

Untuk kemaskini nombor telefon BSN anda, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat dan kemaskini di sana.

Perkhidmatan Internet Banking MyBSN

Anda sudah boleh guna MyBSN ini secara online. Terdapat banyak kegunaan menggunakan portal MyBSN ini, antaranya:

[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#8459ff” indent=”7″]

  • Semak baki akaun BSN secara online
  • Perkhidmatan deposit
  • Penghantaran duit (transfer)
  • Pembayaran bil utiliti
  • Semak Penyata BSN
  • Pembayaran tanpa tunai
  • BSN Customer Service
  • Dan Banyak Lagi

[/su_list]

Mudah sahaja kan? Jika anda mempunyai akaun BSN dan ingin mendaftar akaun secara online, ikuti setiap langkah mudah di atas.

Tidak perlu pergi ke mesin ATM untuk periksa baik akaun. Semuanya hanya di hujung jari. Mohon sebarkan kepada semua. Semoga bermanfaat.

Kredit : Izni Arshad

38 thoughts on “Cara Daftar BSN Online – MyBSN (Panduan Bergambar)”

    • Kat borang tu Kene masuk kan 16 digit kad bank dan 3 no kat belakang kad bank…boleh ke 1 no akaun dan maklumat dlm kad, diguna kan 2 cawangan bank berlainan?? Tq…

      Reply
  1. Kat borang tu Kene masuk kan 16 digit kad bank dan 3 no kat belakang kad bank…boleh ke 1 no akaun dan maklumat dlm kad, diguna kan 2 cawangan bank berlainan?? Tq…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×