Cara Daftar BSN Online MyBSN. Bank Simpanan Nasional telah melancarkan MyBSN khas kepada pengguna-pengguna akan BSN. Perbankan MyBSN secara online ini membolehkan pengguna membuat transaksi dengan mudah tanpa perlu pergi ke mesin ATM. Nak periksa BSH pun senang, hanya perlu semak secara atas talian sahaja.
Cara Daftar BSN Online
Mudah sahaja. Hanya perlu daftar secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan BSN di Malaysia. Pastikan anda mempunyai kad atm BSN anda sebelum memohon. Ikuti cara mudah berikut:
1. Buka portal rasmi MyBSN.
2. Tekan di butang “First Time Registration“.
3. Scroll terms & conditions sampai habis ke bawah, tekan “Accept” dan “Next“.

4. Masukkan 16 digit nombor kad bank anda, cvv2 (3 nombor belakang kad atm) dan tarikh expired kad anda.
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

6. Cipta username dan password anda.
7. Tekan Request OTP, 6 nombor akan dihantar ke No Telefon yang pernah didaftarkan. Masukkan nombor tersebut.
8. Pilih gambar yang anda minat dan tekan Next.

9. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan “click here” untuk login dan masukkan username & password anda.

10. Isi semua maklumat peribadi anda.
11. Tahniah, anda sudah mempunyai akaun My BSN anda sendiri.
Kod OTP boleh di dapatkan dari nombor telefon anda yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN di BSN. jika berlaku “Unable to process your request” dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di 1 300 88 1900.

Untuk kemaskini nombor telefon BSN anda, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat dan kemaskini di sana.
Perkhidmatan Internet Banking MyBSN
Anda sudah boleh guna MyBSN ini secara online. Terdapat banyak kegunaan menggunakan portal MyBSN ini, antaranya:
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#8459ff” indent=”7″]
- Semak baki akaun BSN secara online
- Perkhidmatan deposit
- Penghantaran duit (transfer)
- Pembayaran bil utiliti
- Semak Penyata BSN
- Pembayaran tanpa tunai
- BSN Customer Service
- Dan Banyak Lagi
[/su_list]
Mudah sahaja kan? Jika anda mempunyai akaun BSN dan ingin mendaftar akaun secara online, ikuti setiap langkah mudah di atas.
Tidak perlu pergi ke mesin ATM untuk periksa baik akaun. Semuanya hanya di hujung jari. Mohon sebarkan kepada semua. Semoga bermanfaat.
Kredit : Izni Arshad
Tiada Transfer direct ke bank lain
Kpd pihak BSN sila upgrade kan sistem anda….
Bank lain tak transfer ke akaun BSN.
Sy perlukn sgt² untuk transfer dari maybnk ke BSN..
Terima kasib harap dipertimbangkan ya.
Buat masa ini tiada lagi, InsyaAllah akan dipertingkan lagi sistem BSN dari semasa ke semasa.
Contoh password please. Xboleh nk cipta
ABCdef123+
Sy nk tukar no hp yg prnah sy dftar mcm mna sbb sy oku so susah nk pergi bank
Sy nk daftar mcamana ni?
Contoh password please x boleh nk cipta
ABCdef123+
Sy dh dftr dulu pastu dh Lama xbkk bsn online..so xdpt nk bkk lg..cmne nk aktifkn semula yea yg bsn online ni
Klau no yng sya daftarkn dulu tu dah tak pakai,mcm mana nak tukar tu ya?sebab OTP number tu sya tak dpat sebab number fon time daftar dulu tu dah tak saya pakai
bila sy buka first reg tu lps isi no acc dia minta no pin kad atm.betul ke mcm tu?
Saya tak boleh untk daftar no fon Sya di ATM.. 0179445559 Sya nk buat online internet bank bsn.. blh tlg tak saya