Cara Daftar BSN Online MyBSN. Bank Simpanan Nasional telah melancarkan MyBSN khas kepada pengguna-pengguna akan BSN. Perbankan MyBSN secara online ini membolehkan pengguna membuat transaksi dengan mudah tanpa perlu pergi ke mesin ATM. Nak periksa BSH pun senang, hanya perlu semak secara atas talian sahaja.
Cara Daftar BSN Online
Mudah sahaja. Hanya perlu daftar secara online tanpa perlu pergi ke mana-mana cawangan BSN di Malaysia. Pastikan anda mempunyai kad atm BSN anda sebelum memohon. Ikuti cara mudah berikut:
1. Buka portal rasmi MyBSN.
2. Tekan di butang “First Time Registration“.
3. Scroll terms & conditions sampai habis ke bawah, tekan “Accept” dan “Next“.

4. Masukkan 16 digit nombor kad bank anda, cvv2 (3 nombor belakang kad atm) dan tarikh expired kad anda.
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.

6. Cipta username dan password anda.
7. Tekan Request OTP, 6 nombor akan dihantar ke No Telefon yang pernah didaftarkan. Masukkan nombor tersebut.
8. Pilih gambar yang anda minat dan tekan Next.

9. Pendaftaran anda telah berjaya. Tekan “click here” untuk login dan masukkan username & password anda.

10. Isi semua maklumat peribadi anda.
11. Tahniah, anda sudah mempunyai akaun My BSN anda sendiri.
Kod OTP boleh di dapatkan dari nombor telefon anda yang berdaftar semasa proses pendaftaran akaun bank BSN di BSN. jika berlaku “Unable to process your request” dalam permohonan anda, sila telefon Customer Service Centre di 1 300 88 1900.

Untuk kemaskini nombor telefon BSN anda, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank terdekat dan kemaskini di sana.
Perkhidmatan Internet Banking MyBSN
Anda sudah boleh guna MyBSN ini secara online. Terdapat banyak kegunaan menggunakan portal MyBSN ini, antaranya:
[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#8459ff” indent=”7″]
- Semak baki akaun BSN secara online
- Perkhidmatan deposit
- Penghantaran duit (transfer)
- Pembayaran bil utiliti
- Semak Penyata BSN
- Pembayaran tanpa tunai
- BSN Customer Service
- Dan Banyak Lagi
[/su_list]
Mudah sahaja kan? Jika anda mempunyai akaun BSN dan ingin mendaftar akaun secara online, ikuti setiap langkah mudah di atas.
Tidak perlu pergi ke mesin ATM untuk periksa baik akaun. Semuanya hanya di hujung jari. Mohon sebarkan kepada semua. Semoga bermanfaat.
Kredit : Izni Arshad
saya dh dftr online ni, tp no telefon sy x kemaskini…cmne nk kemaskini skrg, xleh g ke bank ni…
mesti ke bank bsn juga..kena kemaskini
Macam mana nak buat banking online BSN, saya sudah tukar nombor telefon.macam mana nak tukar nombor telefon.
Macam mana mo buat bankin on9 bsn.
Ini bagi yg dah ada account BSN dan ada kad ATM BSN sahaja ke..
ya ini utk yg suda buka akaun di bsn,baru dpt dftar online bsn
Sya dah try buat utk wife dh siap isi semua data peribadi x bleh jgk..pastu tggu next process pastu kluar “accout not allowed to register”..apa masalah nye ni..bleh jelaskan..ke kne buat kt computer..ni sye buat pakai hp je..
dh buat ni. Memudahkn kerja sy utk kirim pd mak. Xpyh pg bank. Nk tau duit dh mskvke blm senang cek dkt sni je. Yg penting password jgn lupe.
Dah call no tu tpi ,astik busy je..cmne ny. Ad cara lain tk???
Tak dapat OTP sbb number lama . Number lama tak pakai macam mana yerr .?
kena kemaskini nombor baru d bsn..
Acc saya bnk bsn online deactive..mcm mne nk buat
kena ke bank bsn berdekatan