Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor. Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.
Selangor RM2,080.00 - RM2,529.00Tutup permohonan: 5 Februari 2020

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut:-

Maklumat Jawatan PKNS

1. PEREKA HIASAN DALAMAN GRED J41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Tarikh Tutup : 5 Februari 2020
Minima Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
Gaji : RM2,080.00 – RM2,529.00 (PERMULAAN)

Syarat Kelayakan & Bidang Tugas

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda untuk layak memohon dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
4. Lain-lain kelayakan dan bidang tugas bagi setiap jawatan, sila rujuk maklumat lanjut dibawah.

Cara Memohon (Klik di Bawah)

1) Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang dari laman web http://www.pkns.gov.my berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan.

2) Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Pengurus Besar Pentabiran & Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok B
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No 2, Jalan Indah 14/8, Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

3) Permohonan daripada anggota yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor mestilah dibuat melalui Ketua Bahagian masing-masing.

4) Pemohon daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalamPerkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama dalam permohonan tersebut. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

5) Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Februari 2020.

6) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam masa enam bulan dianggap tidak berjaya.

7) ** Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan untuk jawatan ini, sila klik di pautan berikut : KLIK DISINI

Info Tambahan

P/S: Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan, anda boleh terus melayari laman Jawatan Kosong Kerajaan. Disini terdapat beribu pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan dan anda boleh terus mendapatkannya dengan mudah dan pantas di kerjakosong.co ini.

Selain itu, anda boleh melayari laman Jawatan Kosong Selangor untuk pencarian kerja kosong di Selangor atau anda juga boleh melayari Jawatan Kosong Swasta untuk jawatan kosong sektor swasta.

JANGAN LUPA BOOKMARK WEBSITE INI UNTUK RUJUKAN MASA AKAN DATANG DAN SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!