KerjaKosong.Co » Lain-Lain » Surat Aduan JTK

Surat Aduan JTK

Surat Aduan JTK |Disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda dunia termasuklah di Malaysia, ia telah menyebabkan banyak isu mengenai pekerjaan dapat dilihat yang mana selama ini sering dihiraukan. Covid 19 merupakan krisis kesihatan yang mengancam kelangsungan serta kesejahteraan hidup masyarakat di dunia sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang PKP, terdapat banyak industri yang terjejas sehinggakan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang banyak. Disebabkan PKP juga, bukan majikan sahaja yang terkesan malahan ia juga memberi kesan kepada pekerja sehingga diberi cuti tanpa gaji dan paling teruk, dibehentikan. Namun begitu, majikan tiada hak untuk sewenang-wenangnya memberhentikan pekerja.

Jika anda salah seorang pekerja yang telah diberhentikan kerja sepanjang PKP ini tanpa sebab, anda boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan membuat surat aduan. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda contoh surat aduan diberhentikan kerja bagi rujukan anda. Aduan kepada JTK ini boleh dilakukan melalui email.

CONTOH SURAT ADUAN DIBERHENTIKAN KERJA

Dibawah ini akan dikongsikan kepada anda contoh surat aduan dibehentikan kerja sebagai rujukan anda. Anda boleh menggunakan contoh dibawah bagi membuat aduan ke JTK jika anda telah dibehentikan kerja oleh majikan tanpa sebab yang kukuh. Anda juga boleh menambah lagi maklumat yang perlu anda kemukakan dan memadam apa yang tidak perlu di dalam surat tersebut.

Hanim Binti Ahmad
No.14 Jalan Presint 15,
Putrajaya, 1007

Untuk Perhatian:
Pegawai Jabatan Tenaga Kerja,
Jabatan tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.                                                  Tarikh: 05 MEI 2020

Tuan,

Aduan Terhadap Majikan – Pembehentian Pekerjaan/ Pemotongan Gaji Semasa Tempoh Cuti
PKP/ Dipaksa Mengambil Unpaid Leave/ Dipaksa Bekerja Tanpa Kelulusan MITI dan Kerajaan
Dlm Tempoh PKP (Pilih yang berkenaan)

Sehubungan perkara diatas, Saya Hanim Binti Ahmad, no K/P 810101-08-8888, bekerja sebagai
pemandu peribadi di syarikat James Bond Sdn Bhd telah (Ditamatkan Perkhidmatan/
Diberhentikan Kerja/ Dipotong Gaji/ Dipaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji/Dipaksa Bekerja Dlm
Tempoh PKP Tanpa Kelulusan MITI dan Pihak Kerajaan. Pilih mana berkaitan) dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19 ini.

Di bawah ini saya nyatakan maklumat peribadi dan majikan saya.

Nama: Halim Bin Awang
No K/P : 880801-08-8888
Alamat :
No Telefon dan Email : 010-3304589, halimawang@gmail.com
Jawatan dan Gaji Akhir : Pemandu Peribadi – RM3000

Nama Majikan: Dah Jadi Sdn. Bhd.
Alamat Majikan:
No Telefon dan Email Majikan:

Saya berharap pihak JTK dapat membantu saya dalam mendapatkan pembelaan dan hak saya
sebagai seorang pekerja. Adalah tidak adil, dalam tempoh PKP Covid ini, pihak majikan
mengambil peluang (membuang pekerja/memotong gaji pekerja/memaksa pekerja mengambil
cuti tanpa gaji/dipaksa bekerja dlm tempoh PKP) tanpa persetujuan dari pekerja.

Ini adalah bercanggah dengan perintah dan saranan kerajaan kepada pihak majikan supaya
mengekalkan pekerja-pekerja dalam tempoh PKP ini. Pihak kerajaan juga telah mengumumkan
perbagai insentif kepada majikan bagi meminimakan kerugian dan perbagai insentif membantu
majikan membayar gaji-gaji kepada pekerja.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat membantu saya dalam perkara ini.
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian Terima Kasih.

 

………………………………
Nama:
No Telefon :
Email:

Setelah anda selesai menyediakan surat aduan seperti contoh diatas serta simpan dalam bentuk PDF, kemudian hantar ke alamat email jtksm@mohr.gov.my. Lampirkan sekali bersama Surat Perlantikan/Offer Letter/Employment Letter, Termination Letter, Memo Majikan Gaji Dipotong, Email oleh majikan mengenai Unpaid Leave atau apa-apa dokumen yang boleh dijadikan fakta hujah berkenaan isu anda dan majikan.

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi jalan kepada anda untuk membuat surat aduan kepada JTK jika anda telah dibehentikan tanpa sebab. Semoga urusan anda dipermudahkan.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×