KerjaKosong.Co » Lain-Lain » Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku

Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku

Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku | Sekali lagi, Kerajaan Selangor telah melakukan yang terbaik buat penduduk di Selangor iaitu dengan mewujudkan skim dan projek mampu milik yang diberi nama Rumah Selangorku yang diletakkan dibawah Perumahan negeri Selangor di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor atau dikenali dengan LPHS Selangor. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai Rumah Selangorku supaya ianya dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin memohon.

Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku

Dengan tujuan bagi memastikan setiap ahli keluarga yang menetap di Selangor bakal memiliki rumah yang dalam keadaan selesa, selama dan juga baik sebagai tempat berteduh dengan harga mampu milik. Terdapat banyak pilihan yang ditawarkan berdasarkan gaji dan juga saiz keluarga anda. Rumah yang ditawarkan adalah harga yang murah bagi  anda terutamanya rakyat Selangor yang mempunyai gaji RM3,000 dan ke bawah ataupun gaji bulanan RM10,000 dan ke bawah. Semua pilihan ada di depan mata anda sekarang untuk dipilih.

Permohonan Rumah Selangorku

Dibawah ini disenaraikan kepada anda pautan serta butiran untuk anda membuat permohonan :

Terdapat 4 jenis rumah yang ditawarkan kepada anda iaitu Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik. Yang menarik mengenai Rumah Selangorku adalah harga yang ditawarkan adalah tidak lebih RM250 ribu.

Syarat Kelayakan Memohon Rumah Selangorku

Dibawah ini disenaraikan syarat kelayakan bagi membuat permohonan Rumah Selangorku :

  • Warganegara Malaysia
  • Umur adalah 18 tahun ke atas
  • Pastikan anda mahu tinggal di unit kediaman tersebut bukannya anda bagi sewa pada orang lain pula
  • Tidak mempunyai rumah sendiri lagi
  • Anda hanya boleh jual atau pindah milik kepada orang selepas tempoh 5 tahun lamanya
  • Pastikan pendapatkan anda tidak lebih daripada gaji dan pendapatan yang telah ditetapkan. Contohnya untuk beli rumah kos rendah pastikan gaji anda tak lebih RM3 ribu. Manakala untuk unit kategori lain, gaji tak boleh melebihi RM10K
JENISKELUASAN (sqft)HARGAGAJI DIBENARKAN
PAKEJ A (Rumah Kos Rendah)700RM42KRM3,000 dan ke bawah
PAKEJ B (Rumah Kos Sederhana Rendah)750Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah
PAKEJ C (Rumah Kos Sederhana)800 @ 900 @ 18×60Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah
PAKEJ D (Rumah Mampu Milik Selangor)1000 @ 20×60Bermula RM100 hingga RM250KRM10,000 dan ke bawah

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah permohonan rumah mampu milik Selangor ini mudah lulus?
Ya. Sangat mudah. Jika anda melepasi syarat kelayakan mudah yang ditetapkan. Tawaran unit sekarang sangat banyak sekarang

2. Permohonan saya telah kenaa tolak, bagaimana cara untuk buat rayuan?
Maaf tiada. Ini kerana rayuan tidak dibuka jika permohonan kena reject

3. Bila tempoh dibenarkan jika saya mahu jual semula atau sewa paada orang lain?
Anda boleh jual atau sewa pada orang lain selepas 5 tahun iaitu temoh memoratarium 5 tahun

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×