Cara Keluarkan KWSP Akaun 2

Cara Keluarkan KWSP Akaun 2 | Bagi memudahkan untuk mengakses simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimana ahli boleh menyemak baki simpanan setiap akaun (Akaun 1 dan Akaun 2) serta menyemak dividen tahunan KWSP telah mewujudkan portal i-Akaun (ahli). Untuk pengetahuan anda semua, anda boleh membuat pengeluaran KWSP Akaun 2 jika anda mendaftar e-Pengeluaran KWSP melalui i-Akaun.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara keluarkan KWSP Akaun 2 serta kemudahan lain yang terdapat di portal i-Akaun.

Pengeluaran KWSP Akaun 2 Bantuan COVID-19

Bagi Pencarum KWSP Dibenar Keluarkan RM 500 Sebulan Dari Akaun 2 Bermula 1 April Ini, anda boleh terus mendaftar i-Akaun untuk urusan pengeluaran KWSP akaun 2 pada 1 April nanti. Adalah dinasihatkan anda untuk membuat pendaftaran secara online bagi mengelakkan anda ke pejabat KWSP bagi urusan pengeluaran.

Cara Keluarkan KWSP Akaun 2

Kerajaan telah mengumumkan didalam senarai Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Kerajaan dimana pemegang akaun KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP Akaun 2 sebanyak RM500 disebabkan COVID-19. Jika anda ingin membuat pengeluaran ini, anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

Dibawah ini adalah cara – cara untuk mendaftar serta mengaktifkan i-Akaun 2 :

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Hadirkan diri ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendaftar. Setelah mendaftar anda akan menerima SMS yang mempunyai ID Pengguna serta Kata Laluan sementara bagi iAkaun anda.
  • Layari laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my
  • Klik pada “Saya Ahli (i-Akaun)” dan tekan butang “Log Masuk”.
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS bagi mengaktifkan akaun.
    *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS.
  • Baca Terma Dan Syarat yang dipaparkan dan tick “Setuju”.
  • Kemudian tukar ID Pengguna sementara kepada yang baharu (kekal), masukkan Kata Laluan baharu, pilih imej online untuk pengesahan dan masukkan Frasa Rahsia anda. *Jika ID Pengguna tidak diubah, ID Pengguna sementara akan digunakan sebagai ID Pengguna kekal.
  • Apabila pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  • Akhir sekali, anda boleh log masuk dengan maklumat akaun baru untuk akses i-Akaun KWSP anda.

[/su_list]

Panduan Pendaftaran Cara Daftar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk infografik rasmi pendaftaran yang dikeluarkan KWSP.

Cara Keluarkan KWSP Akaun 2 img 1 Cara Keluarkan KWSP Akaun 2 img 2

Kemudahan Yang Disediakan Dalam i-Akaun

Selain dapat membuat pengeluaran KWSP akaun 2, melalui i-Akaun juga anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan lain seperti :

Perkhidmatan e-Pengeluaran

[su_list icon=”icon: circle” icon_color=”#ff59c5″ indent=”7″]

  • Semakan Penyata KWSP tahun semasa dan tahun sebelumnya
  • Semakan status permohonan pengeluaran
  • Semakan sejarah pengeluaran
  • Semakan status penamaan
  • Kiraan anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan
  • Kemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Semakan rekod transaksi caruman KWSP selama 2 tahun terkini

[/su_list]

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut anda boleh terus layari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×