Skim Perumahan Belia BSN

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Skim Perumahan Belia BSN | Pernahkah anda mendengar mengenai Skim Perumahan Belia (SPB)? Ini adalah berita baik buat anda yang ingin membeli rumah yang berharga RM500,000 dan kebawah kerana anda boleh memohon SPB dibawah skim MyHome BSN.

Skim ini adalah bagi membolehkan golongan bujang atau yang sudah berkahwin mampu untuk membeli rumah pertama mereka. skim SPB 2020 terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ – sama seperti skim MyDeposit.

Dana subsidi bernilai RM200 sebulan sepanjang 2 tahun pertama juga disediakan. Sebagai contoh, jika bayaran bulanan rumah tersebut bernilai RM 1500 sebulan, peminjam hanya perlu membayar RM1300 sahaja dalam masa 2 tahun pertama.

Skim Perumahan Belia BSN img

SYARAT PERMOHONAN SPB 2020

Jika anda berminat bagi memohon skim SPB ini, anda perlulah memenuhi syarat – syarat seperti dibawah :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  4. Pembeli rumah pertama sahaja

Pemohon perlu menghantar permohonan yang disertakan bersama beberapa dokumen seperti berikut :-

  • Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
  • Perjanjian Jual dan Beli / Proforma Pesanan Pembelian / Resit deposit
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
  • Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika pemohon mempunyai pendapatan lain)
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan berkerja daripada majikan
  • Borang EA/ EC

Kepada yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:

  • Borang B/BE dan Resit LHDN
  • Surat pendaftaran syarikat (SSM)
  • Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
  • Dokumen – dokumen lain (jika perlu)

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN



Untuk makluman anda, skim ini sudah lama diperkenalkan namun tidak mempunyai promosi yang meluas.

Dibawah ini merupakan kelebihan serta ciri – ciri skim ini :-

  • Kemudahan ini ditawarkan adalah bagi membiayai hartanah sama ada yang sedang dalam pembinaan, sudah siap atau hartanah subsale.
  • Surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000 diberi 100% pengecualian duti setem
  • Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh 2 tahun yang akan dikreditkan melalui akaun pembiayaan pelanggan, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual

Tempoh pinjaman adalah dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman). Skim ini juga sesuai bagi hartanah dari RM100,000 – RM500,000.

Kadar faedah yang ditetapkan adalah seperti diportal BSN :

  • Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% adalah bergantung kepada profil serta lokasi hartanah pelanggan.
  • Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
  • Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10%

Pembeli perlu membayar sendiri kos guaman dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP bagi membayar ansuran.

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik sini untuk memohon.

6 Comments

  1. Nazri
    • Bsh
  2. Nur Afifah Binti Nordin
  3. zulfadhli
  4. atemrahim
  5. Badrul

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!