iRakyat Login

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

iRakyat Login | Adakah anda salah seorang pemegang akaun Bank Rakyat? Pernahkah anda mendengar mengenai iRakyat? Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara – cara untuk mendaftar iRakyat untuk rujukan anda semua.

irakyat login img

Apa Itu iRakyat?

iRakyat adalah aplikasi perbankan atas talian (online banking) bagi pengguna Bank Rakyat. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh log masuk serta menjalankan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Bank Rakyat.

Dengan wujudnya kemudahan ini, pengguna boleh melakukan aktiviti membeli barang, pemindahan wang, pembayaran loan dan lain lain transaksi secara online. Pada era yang serba canggih ini, aplikasi perbankan atas talian merupakan aplikasi wajib bagi semua pemegang bank.

Cara Mendaftar iRakyat Bank Rakyat

Anda wajib mempunyai akaun bank Rakyat, namun jika anda tidak mempunyai akaun bank, anda perlu membuka akaun terlebih dahulu di mana mana cawangan Bank Rakyat.

Setelah anda mempunyai akaun Bank Rakyat, anda boleh mendaftar akaun iRakyat dengan mengikuti langkah – langkah dibawah :

  1. Kunjungi mana-mana mesin ATM Bank Rakyat.
  2. Masukkan kad bank ke dalam mesin kemudian masukkan kata laluan anda.
  3. Paparan yang keluar adalah,’sila pilih transaksi’
  4. Selepas itu,pilih menu ‘lain.’
  5. Anda haruslah meilih ‘T-Pin Perbankan Internet’
  6. Masukkan 6 digit “T-pin” sementara anda. (pastikan anda ingat t-pin ini)
  7. Masukkan kembali nombor untuk pengesahan. Hafal nombor ini, kerana atas sebab keselamatan ia tidak akan dipaparkan pada resit ATM yang anda perolehi.
  8. Selesai pada mesin ATM
  9. Seterusnya layari irakyat.com.my
  10. Anda pilih pendaftaran kali pertama.
  11. Pilih ikon ATM / Debit / Kad Kredit
  12. Isikan maklumat yang diminta
  13. Baca & setuju dengan Terma & Syarat yang dipaparkan.
  14. Pendaftaran telah selesai dan anda boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Daftar Tanpa Kad

Jika anda bukan pelanggan bank Rakyat, anda masih boleh mendaftar menggunakan akaun sementara , caranya adalah;

Langkah 1

  • Hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 (Tempatan) atau + 603- 5526 9000 (untuk panggilan jika anda berada di luar negara)
  • Katakan bahawa anda ingin mohon ID Sementara.
  • Layari laman www.irakyat.com.my
  • Pilih menu Pendaftaran Kali Pertama.
  • Pilih ID Sementara
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan ikuti prosedur yang diperlukan

iRakyat Login

  • Setelah mempunyai akaun, boleh terus login denan klik butang  Login irakyat
  • Isi username serta kata laluan anda untuk mengakses iRakyat

No Responses

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!