Pengeluaran KWSP

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Pengeluaran KWSP | Adakah anda merupakan salah seorang pencarum bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Jika ya, anda perlu tahu mengenai 17 jenis pengeluaran KWSP yang ada termasuklah yang terbaharu iaitu pengeluaran perumahan PR1MA.

Perkongsian ini adalah bertujuan untuk membantu anda membuat persediaan bagi persaraan anda kelak. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda 17 jenis pengeluaran KWSP :

Kemaskini: Kerajaan dalam usaha memperkenalkan skim terbaru yang dikenali sebagai skim KWSP Suri Rumah di mana setiap suami wajib mencarum 2% daripada gaji untuk isteri mereka. Manakala Pengeluaran Persaraan pula hanya dibenarkan untuk anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

17 JENIS PENGELUARAN KWSP

Sebelum anda mengeluarkan duit KWSP, anda perlu menamakan pewaris agar jika berlaku kematian ia akan memudahkan segala urusan. Untuk pengetahuan anda, ahli boleh memohon untuk pengeluaran Pendidikan dan pengeluaran Perumahan melalui sistem atas talian (online) iaitu e-Pengeluaran. Namun kemudahan ini hanya terhad kepada ahli yang berdaftar i-Akaun sahaja.

1. Pengeluaran Semasa Umur 50 Tahun KWSP

Pengeluaran kesemua ATAU sebahagian simpanan daripada Akaun 2 setelah ahli mencapai umur 50 Tahun.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  • Berumur di antara 50 Tahun hingga 54 Tahun.
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

2. Pengeluaran Umur 55 Tahun KWSP

Ahli boleh membuat pengeluaran kesemua ataupun hanya sebahagian daripada simpanan apabila mencapai umur 55 tahun.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 Tahun hingga umur 59 Tahun
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 55.

3. Pengeluaran Umur 60 Tahun KWSP (Akaun Emas)

Pengeluaran ini adalah peluasan kepada pengeluaran bagi umur 55 tahun selaras dengan umur persaraan minimun iaitu 60 tahun.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  • Mencapai umur 60 Tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP

kelayakan pengeluaran kwsp

4. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Kepada ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf pekerja berpencen :

  • Pengeluaran Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja
  • Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Pekerja yang bekerja dalam sektor awam serta mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
  • Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera serta mencarum dan diberikan taraf berpencen oleh JPA

5. Skim Pelaburan Ahli

Melalui skim ini, ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan daripada Akaun 1 bagi membuat pelaburan untuk menambah serta meningkatkan simpanan persaraan bagi menyara kehidupan semasa persaraan kelak. Ahli hanya boleh melabur simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah lebihan simpanan asas dalam akaun 1 melalui IPD yang telah dilantik.

IPD yang telah diluluskan dibawah Skim Pelaburan Ahli terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan yarikat Pengurusan Kumpulan Wang. Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan mereka diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

6. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran KWSP ini akan membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai samada pembinaan ataupun pembelian sebuah rumah. Melalui kaedah ini, ahli sekurang – kurang akan memiliki sebuah rumah yang akan menjadi tempat perlindungan setelah bersara.

Kelayakan Memohon:

  • Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  • Belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

7. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Individu; Pengeluaran simpanan Akaun 2 bagi mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan secara individu yang telah diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

ATAU

Bersama; Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua,  ibu bapa angkat, ibu bapa tiri,anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  • Belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2 sebanyak minimum RM 500.00

8. Pengeluaran Hilang Upaya

Sekiranya ahli sudah tidak berupaya sama ada dari segi fizikal atau mental, kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk mencari pekejaan. Ahali boleh membuat pengeluaran ini bagi menegluarkan kesemua simpanan KWSP.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;
  • Belum berumur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima; DAN
  • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DAN
  • Ahli tidak bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

9. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Bagi pengeluaran ini, ia boleh dipohon oleh :

  • Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan bagi berhijrah ke negara
    lain ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan keluar dari Malaysia

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan
    Malaysia; ATAU
  • Bukan warganegara Malaysia samada Ekspatriat atau Pekerja Asing yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke
    Negara asal; DAN
  • Mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

10. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini adalah bagi ahli yang ingin mengeluarkan simpanan Akaun 2 bagi membayar yuran pengajian ahli atau anak ahli termasuklah anak tiri dan anak angkat di IPT samada dalam atau luar negara.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Jika ahli mempunyai simpanan yang melebihi RM1.05 juta, ahli boleh mengeluarkan lebihan simpanan tersebut dan haruslah diuruskan sendiri oleh ahli.

  • Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.
  • Belum berumur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Bagi pengeluaran ini adalah pengeluaran daripada simpanan Akaun 2 bagi membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan yang bertujuan pembinaan ataupun pembelian rumah.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP iaitu dengan umur maksimum 54tahun 6 bulan
  • Ahli haruslah mempunyai simpanan di dalam Akaun 2 sekurang – kurangnya RM600.00.
  • Ahli yang layak memohon adalah:
    i. Warganegara Malaysia; ATAU
    ii. Bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU telah mempunyai taraf Penduduk Tetap (PR)

13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran kesemua akaun ahli samada oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Kelayakan Memohon:

  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

14. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini merupakan pengeluaran dari Akaun 2 samada untuk kegunaan bagi membiayai kos perubatan atau bagi pembelian peralatan bantuan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP. Pengeluaran ini adalah bagi ahli ataupun ahli keluarga yang dibenarkan.

Kelayakan Untuk Memohon:

  • Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  • Belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2

15. Pengeluaran Haji

Pengeluaran Haji adalah untuk menampung perbelanjaan asas bagi mengerjakan Haji dan ia bukanlah menampung keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Hal ini demikian kerana, ia adalah bagi memastikan pengeluaran yang dibuat tidak sama sekali akan menjejaskan simpanan persaraan ahli.

16. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran ini merupakan proses bagi membahagikan sebahagian daripada simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun PPF dan melalui pengeluaran ini ia akan membolehkan ahli untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi sama ada untuk membeli ataupun membina rumah.

17.  Pengeluaran Perumahan PR1MA

Bagi merealisasikan impian ahli KWSP untuk memiliki sebuah rumah sendiri melalui Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) iaitu dengan memanfaatkan simpanan KWSP ahli yang sedia ada serta caruman bulanan di masa akan datang.

CARA MENDAFTAR I-AKAUN KWSP

Pengeluaran KWSP

Kepada ahli yang ingin mendaftar i-Akaun, anda boleh ke mana mana kiosk atau kaunter KWSP atau boleh juga terus menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 bagi mendapatkan Kod Pengaktifan dengan hanya menggunakan MyKad.

Setelah mendapat Kod Pengaktifan, anda boleh terus melayari laman web KWSP dan klik pada “Login Ke i-Akaun (AHLI) > Pengaktifan i-Akaun” untuk mengaktifkan i-Akaun anda. Anda hanya boleh menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari sahaja.

Info lanjut pengeluaran KWSP boleh disemak di sini.

No Responses

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!