Senarai Hitam PTPTN

Senarai Hitam PTPTN | Pada masa ini, seramai 433,000 peminjam PTPTN sedang dikeluarkan daripada senarai hitam oleh Jabatan Imigresen. Sekarang, anda boleh menyemak senarai hitam PTPTN melalui online sahaja di portal rasmi PTPTN dan juga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

Sebelum ini senarai hitam akan dikenakan kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman. Antara tindakan yang dikenakan adalah tidak boleh memperbaharui passport serta dihalang ke luar negara.

Semua peminjam yang perlu membayar balik selepas 6 bulan tamat tempoh pinjaman juga akan disenaraikan di dalam CCRIS. Kerjakosong.co akan kongsikan cara membuat semakan senarai hitam PTPTN.

SEMAKAN SENARAI HITAM PTPTN ONLINE

Anda boleh menyemak senarai hitam PTPTN secara online atau terus hadir ke kaunter PTPTN / JIM. Anda boleh merujuk portal rasmi seperti dibawah bagi semakan online :-

TINDAKAN IMIGRESEN & LARANGAN KE LUAR NEGARA

Jika anda ingin ke luar negara dalam masa terdekat tetapi anda telah disenarai hitamkan, anda perlu berunding dengan PTPTN dalam masa 7 hari sebelum anda berangkat ke luar negara bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Jika anda mampu, anda disarankan untuk membayar keseluruhan hutang pinjaman. Jika tidak mampu, anda perlu berunding dengan PTPTN dengan membayar jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN bagi penstrukturan semula bayaran balik pinjaman. Jika peminjam culas untuk membuat bayaran balik juga mungkin dikenakan tindakan saman.

Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman.

Peminjam boleh membuat pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau direct debit.

REKOD CCRIS

Untuk makluman anda, CCRIS boleh disemak secara online, selain daripada menyemak di kaunter dan kiosk cawangan Bank Negara Malaysia (BNM).  Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan PTPTN bagi tempoh 12 bulan yang lepas.

Jika anda tidak mahu mempunyai masalah untuk permohonan pinjaman perumahan anda, anda perlu membuat bayaran balik PTPTN secara konsisten mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jika rekod di CCRIS menunjukkan terdapat  bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan.

Namun begitu, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Jika peminjam ingin mengeluarkan rekod PTPTN dari CCRIS, peminjam harus menyelesaikan hutang pinjaman sepenuhnya dan memastikan rekod CCRIS telah dikemaskinikan menjadi [SELESAI] dalam masa tujuh hari bekerja bermula tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.

Rekod CCRIS masih buruk walaupun anda membuat bayaran setiap bulan kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:

  • Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 2 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 12 bulan tamat pinjaman.
  • Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).

PEMANSUHAN SENARAI HITAM PTPTN

Untuk makluman anda, selepas kejayaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya setelah menang dalam PRU14 mereka telah memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN.

Pakatan Harapan juga memberi kelonggaran kepada peminjam yang bergaji RM4000 sebulan ke bawah supaya membuat penangguhan bayara.

PTPTN BAKAL PERKENAL SEMULA SEKATAN KE LUAR NEGARA

Kemungkinan besar PTPTN akan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara bagi peminjam yang tidak membayar baki pinjaman. Melalui kaedah ini, PTPTN dapat mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×