Permohonan egtukar Guru Online

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Permohonan egtukar Guru Online | Ini adalah berita baik buat semua guru di Malaysia. Untuk makluman anda, permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2020 akan mula dibuka pada 18 Februari nanti.

Pertukaran ini akan dibuat secara berperingkat melalui dua sesi iaitu Jun 2019 dan sesi Januari 2020 dengan sekali sahaja permohonan. Semakan eGTUKAR antara daerah / dalam daerah sudah boleh mula dibuat bermula 18 November jam 6 petang di portal rasmi https://epgo.moe.gov.my

Pertukaran ini boleh dibuat secara atas talian (online) dan ia akan melibatkan pertukaran antara bahagian/negeri, daerah dan dalam daerah. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai cara untuk membuat permohonan pertukaran mengajar.

Apa itu eGTUKAR?

eGTUKAR adalah sistem yang diwujudkan bagi menguruskan hal pertukaran guru di Malaysia, dimana ia melibatkan dua pengguna iaitu :-

  • Guru – Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini, dan;
  • Pentadbir Sistem – Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk  menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Permohonan egtukar Guru Online

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PERTUKARAN GURU?

Walaupun permohonan dibuka untuk semua guru namun terdapat beberapa syarat yang boleh melayakkan guru tersebut bertukar ke negeri yang dipohon, iaitu :-

  • Kepentingan perkhidmatan
  • Kekosongan jawatan di negeri tersebut
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Namun begitu, tidak semua guru layak untuk memohon secara online. Peromohonan secara online dibuka kepada DG54 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG44 (KUP Time-based), DG42, DG41, DG38 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG32 (KUP Time-based) dan Guru Penolong Gred DG29 sahaja.

Manakala pemohon yang menjawat jawatan Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang perlu mengisi borang permohonan secara manual dan terus dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.

Untuk makluman semua guru, segala keputusan adalah muktamad.

Guru tidak boleh sama sekali membatalkan kelulusan tersebut dan perlu melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditetapkan. Jika guru tersebut ingkar arahan pertukaran, guru boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Jika guru gagal untuk melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan, guru tersebut boleh dikenakan tindakan berdasarkan Peraturan 4(2)(i): ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, selaras dengan arahan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat Bil. KPM. INTEGRITI(S)600-12/16 (12) bertarikh 11 Februari 2015 berkaitan dengan ketidakpatuhan pegawai terhadap arahan penempatan/pertukaran tempat bertugas.

STATISTIK PERMOHONAN PERTUKARAN GURU

Dibawah ini adalah beberapa statistik permohonan pertukaran guru melalui sistem eGTUKAR 2020

Screenshot 2019 01 10 at 10.24.49 AM 1024x695Sekolah menengah

Screenshot 2019 01 10 at 10.24.33 AM 1024x581sekolah rendah

SEMAKAN KEPUTUSAN EGTUKAR

Untuk menyemak keputusan eGTUKAR anda boleh melayari https://epgo.moe.gov.my dan jika ingin mengemaskini maklumat guru, layari laman web e-Operasi.

PEMBATALAN PERMOHONAN EGTUKAR 2020

Semua permohonan yang telah diluluskan tidak sama sekali boleh dibatalkan kerana segala keputusan adalah muktamad.  Jika anda ingin membatalkan permohonan eGTUKAR, anda perlu rujuk sama ada Guru Besar atau PPD masing-masing.

Jika guru tersebut ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, sila maklumkan kepada Guru Besar yang boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Anda boleh merujuk soalan lazim eGTUKAR atau muatturun manual penggunaan sistem tersebut di sini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!