Pendaftaran Online Tahun 1 | Adakah anda mempunyai anak yang bakal memasuki tahun 1 pada tahun hadapan? Ibu bapa/penjaga perlu membuat pendaftaran secara online tahun 1 ambilan 2020/2021.
Pada masa sekarang, pendaftaran murid tahun 1 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Permohonan ini terbuka kepada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kerjakosong.co akan kongsikan mengenai pendaftaran online tahun 1.
Apa itu Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM?
Anda boleh mengakses SPAT di laman web https://public.moe.gov.my/. Bagi kemasukan tahun 1 2020 adalah bagi kanak – kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 manakala kemasukan tahun 1 2021 adalah bagi kanak – kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2015.
Permohonan ini hanya boleh dilakukan oleh ibu/bapa/penjaga murid tersebut.
Jika anda merupakan pengguna kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan anda WAJIB mengingati maklumat semasa pendaftaran. Setelah sesai mendaftar, anda boleh terus logmasuk untuk membuat permohonan.
Bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda, dibawah ini dikongsikan langkah demi langkah cara untuk mendaftar online tahun 1.
Daftar Pengguna Baru
Anda perlu mengisi setiap medan yang bertanda (*) seperti gambar dibawah :
Kemudian, tekan butang [Daftar] dan satu pop-up akan dikeluarkan bermakna pendaftaran anda sudah berjaya. Klik semua ke halaman utama.
Daftar Masuk
Masukkan nombor kad pengenalan serta katalaluan yang telah ditetapkan dan klik [Daftar Masuk]. Jika anda terlupa kata laluan, klik pada [Lupa Katalaluan] bagi menetapkan semula katalaluan baru anda. Anda boleh memilih untuk reset katalaluan melalui soalan keselamatan atau email.
PENDAFTARAN ONLINE TAHUN 1 2020
Setelah berjaya untuk daftar masuk, klik pada Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) bagi membuat permohonan kemasukan ke Tahun 1.
SOALAN LAZIM
Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
Ia adalah bagi memudahkan ibu bapa untuk mendaftar murid tahun 1 tanpa perlu mengisi borang secara manual.
Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
Ibu bapa perlu mendaftar kali pertama sebagai pengguna sebelum memohon tahun 1 dan juga sekolah kawalan.
Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua di Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
Anda perlu mendaftar semula dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan yang betul. Jika anda telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah, anda boleh terus menggunakan ID tersebut.
Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
Ibu bapa dan penjaga.
Bagaimanakah cara bagi saya mendapatkan semula kata laluan jikaterlupa?
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua ruang seperti No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN?
Anda perlu emelkan kepada pihak admin, dengan subjek emel [emel tidak sah untuk fungsi katalaluan]
Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
Sila Daftar Masuk dan klik pada butang menu UTILITI.