Semakan PTPTN

Semakan PTPTN | Adakah anda terfikir untuk meminjam PTPTN? Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai cara membuat semakan PTPTN samada bagi menyemak status permohonan atau bagi menyemak baki pinjaman PTPTN.

Untuk makluman anda, peminjam boleh mendapatkan Wang Pendahuluan Pinjaman sebanyak RM1500 bagi membuat penyediaan ke Universiti Awam termasuklah ke Politeknik. Walaubagaimana pun, jika anda mengambil WPP ini, anda akan dikenakan pemotongan sepanjang 3 semester sebanyak RM500 pada setiap semester.

Antara syarat untuk memohon WPP ialah:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Pelajar bersetuju untuk menerima WPP
  • Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa / penjaga mestilah penerima BSH 2019
  • Telah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA / Politeknik
  • Tidak mempunyai sebarang hutang WPP

[/su_note]

Bagi menyemak status permohonan WPP anda sila layari https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

semakan ptptn

PERMOHONAN PTPTN

Jika anda merupakan peminjam untuk kali pertama, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN terlebih dahulu secara atas talian di laman web rasmi PTPTN.

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Layari laman web PTPTN
  • Pilih [Beli no. PTPTN & Mohon Pinjaman]
  • Isi borang permohonan dan klik [Daftar] dan anda akan dibawa ke proses pembayaran
  • Buat pembayaran melalui perbankan internet dan selesai

[/su_note]

Setelah selesai semua langkah – langkah diatas, anda boleh terus membuat permohonan baru menggunakan no. PIN PTPTN yang telah dibeli tadi. Jika anda merupakan peminjam sedia ada dan ingin memohon semula PTPTN, anda hanya perlu log masuk dan membuat pembelian nombor PIN.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat – syarat memohon pinjaman PTPTN :

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan;
  • Mendapat tawaran ke Universiti Awam / IPTS dan Politeknik serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik haruslah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mempunyai Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.

[/su_note]

Untuk makluman anda, jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah. Jika ibu bapa/penjaga pelajar adalah penerima BSH maka pelajar akan mendapat maksimum pinjaman, bagi pelajar dari keluarga yang berpendapatan tidak lebih RM8000 sebulan, akan menerima 75% daripada jumlah pinjaman dan bagi keluarga yang berpendapatan RM8000 ke atas, anda layak memohon 50% dari jumlah pinjaman.

Anda boleh merujuk jadual pinjaman dibawah :-

semakan ptptn

SEMAKAN PTPTN

Semakan baki pinjaman PTPTN atau penyata PTPTN boleh dibuat secara atas talian iaitu dengan melayari portal Penyata Online. Jika anda melayari sistem tersebut, selain memaparkan baki pinjaman anda, ia juga akan memaparkan tunggakan, ansuran bulanan dan setiap transaksi bayaran balik yang anda telah lakukan.

Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendapatkan kata laluan daripada PTPTN terlebih dahulu.

BAYARAN BALIK

Peminjam yang meminjam PTPTN WAJIB untuk membayar balik pinjaman beserta kos kos lain seperti kos upah, cukai Setem Hasil, perlindungan takaful dan lain lain seperti yang telah dinyatakan didalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Anda mempunyai empat pilihan bagi membuat bayaran balik PTPTN, jadi anda tidak mempunyai alasan untuk tidak membayar balik :

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Pemotongan gaji
  • Direct debit
  • JomPay
  • myPay

[/su_note]

Bagi pembayaran melalui JomPay, anda boleh semak “Biller Code” pada pautan – di sini.

Anda perlu membuat pembayaran balik dalam tempoh 12 bulan setelah tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis daripada PTPTN. Jika anda gagal membuat pembayaran balik, anda akan disenaraikan dalam penyenaraian peminjam dalam rekod CCRIS. Jadi bagi mengelakkan nama anda termasuk dalam senarai tersebut, anda perlu membuat pembayaran secara konsisten mengikut jadual pembayaran balik yang telah ditetapkan.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN

Kepada yang ingin membuat penangguhan bayaran balik, anda boleh memohon daripada PTPTN, namun anda perlu ingat bahawa kos upah tetap akan dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Hanya golongan berikut layak memohon penangguhan bayaran balik:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Peminjam yang telah menamatkan pengajian namun masih belum bekerja (tiada pendapatan). Peminjam mempunyai tempoh maksima 24bulan bermula dari tarikh bayar balik pinjaman.
  • Peminjam yang menerima penajaan lain namun penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
  • Peminjam dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.
  • Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu tetapi telah menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
  • Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
  • Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).

[/su_note]

Walau bagaimanapun, penangguhan ini tidak menghalang PTPTN dari menyenaraikan nama peminjam dalam rekod CCRIS.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×