Check Saman JPJ

Check Saman JPJ | Adakah anda pernah terfikir sama ada boleh atau tidak untuk check saman secara online? Untuk makluman anda, ia boleh!

Dibawah ini Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda panduan untuk menyemak saman JPJ, AES atau Polis Trafik (PSRM) secara online dan juga SMS.

Disebabkan zaman yang serba canggih sekarang, anda bukan sahaja dapat menyemak saman secara online mahalan anda juga boleh terus membayar saman tersebut tanpa perlu beratur panjang di kaunter hanya untuk membayar 1 saman.

CARA CHECK SAMAN ONLINE

Terdapat tiga cara untuk menyemak saman secara online.

1. CHECK SAMAN JPJ & AES

Anda boleh menyemak kesemua saman daripada JPJ termasuklah AES di portal rasmi JPJ. Anda tidak perlu mendaftar sebagai pengguna, hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor pendaftaran kenderaan sahaja.

Langkah – langkah :

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Layari portal Semakan Saman JPJ
  • Pilih samaada ingin memasukkan nombor kad pengenalan sahaja atau nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan
  • Klik butang [SEMAK]
  • Sistem akan terus memaparkan laporan saman jika anda mempunyai saman JPJ/AES

[/su_note]

Penerangan saman JPJ / AES:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • JPJ – Rekod saman akan dikeluarkan samaada kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang telah melakukan kesalahan jalan raya.
  • AES – Sistem yang dapat mengesan serta merakam secara automatik apabila pemandu melakukan kesalahan lalu lintas dengan menggunakan alat pengesan yang telah dipasang diatas jalan.

[/su_note]

2. SEMAK SAMAN MYEG

Tahukah anda bahawa MyEG mempunyai pelbagai servis termasuklah untuk menyemak saman JPJ, AES, Polis dan juga servis untuk memperbaharui insurans kenderaan.

Langkah – langkah menyemak saman :

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Layari laman web MyEG
  • Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Jika anda sudah pernah mendaftar, anda hanya perlu logmasuk menggunakan butiran semasa anda mendaftar dahulu.
  • Klik pada pautan [e-Services] dan pilih untuk menyemak saman PDRM/AES atau JPJ
  • Paparan mengenai saman akan dipaparkan
  • Anda boleh terus membuat pembayaranan jika anda mahu

[/su_note]

check saman jpj

3. CHECK SAMAN RILEK

Terdapat satu lagi portal yang dapat memudahkan anda untuk menyemak saman online iaitu portal RILEK . Selain daripada dapat menyemak saman, di portal RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman dan juga boleh menyemak status insolensi serta saman DBKL.

Terbaharu, terdapat diskaun sebanyak 10% bagi pembayaran saman PDRM yang dibuat melalui RILEK.

Langkah – langkah :

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Layari portal RILEK
  • Jika belum daftar sebagai pengguna, sila daftar terlebih dahulu dan kemudian, logmsuk menggunakan username serta password yang telah anda daftarkan.
  • Klik menu [Search By] dan pilih [Semak Saman JPJ/Polis]
  • Isikan maklumat yang diminta dan klik pada butang [SEMAK]
  • Anda boleh terus membuat pembayaran secara atas talian iaitu melalui online banking seperti M2U, Public Bank dan juga CIMB Clicks.

[/su_note]

4. SSO PDRM

Untuk maklumat anda, PDRM juga turut menyediakan satu portal khas bagi menyemak saman. Melalui Sistem Semakan Online (SSO), anda boleh menyemak status saman dan juga status pengambilan jawatan kosong PDRM.

Anda hanya perlu melayari laman web https://sso.rmp.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SEMAKAN SAMAN SMS

Selain menggunakan semakan secara online, anda juga boleh menyemak melalui SMS.

Check Saman Polis SMS

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN KUU302

Atau

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN 750221596023

Semak Saman JPJ SMS

Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
Hantar ke 15888

Contoh: JPJ Saman 750221596023

Atau

Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888

Contoh: JPJ Saman KUU302

RAYUAN DISKAUN SAMAN

“Saya mempunyai banyak saman sehingga mencecah ribuan ringgit, bolehkah saya membuat rayuan bagi mengurangkan amaun sebenar yang perlu saya bayar?” Jika sebelum ini ianya boleh, namun sejak 22 Februari yang lalu, pihak Polis telah memaklumkan bahawa tiada rayuan yang akan diterima sehinggalah dimaklumkan kelak.

Jadi pilihan terakhir buat anda adalah dengan membayar melalui portal RILEK yang menyediakan diskaun sehingga 10%.

Langkah membuat rayuan diskaun saman PDRM sebelum ini:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Semak saman bagi mengetahui amaun sebenar yang perlu dibayar
  • Kemudian SAMANCOPS akan membuat semakan kompaun dan memaklumkan kepada anda diskaun yang layak diterima
  • Jika bersetuju dengan amaun yang diberitahu anda boleh terus kepada pembayaran
  • Clearance saman anda akan dibuat dalam masa 24 jam selepas pembayaran rayuan diskaun saman

[/su_note]

Antara rayuan saman yang diterima adalah:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Saman SPEEDING
  • Saman NO-PARKING
  • Saman KEMALANGAN
  • Saman BLACKLISTED
  • Saman WARAN
  • Semua saman yang dikeluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk Trafik, MPV atau GD

[/su_note]

Namun lima kesalahan berikut tidak layak mendapat diskaun, iaitu:

[su_note note_color=”#DDFF99″ radius=”0″]

  • Saman Mahkamah
  • Saman membabitkan warga asing
  • Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
  • Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  • Saman Berat Dengan Muatan (BDM)

[/su_note]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×