Semak Kelayakan Rumah PR1MA

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Semak Kelayakan Rumah PR1MA |Bagi yang belum mengetahui mengenai Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), ianya ditubuhkan dibawah Akta PR1MA 2012 iaitu bagi merancang, membangun, membina serta menawarkan perumahan yang berkualiti tinggi dan berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana.

Dengan harga diantara RM100,000 hingga RM400,000, anda mampu untuk memiliki kediaman di lokasi – lokasi strategik di seluruh negara. Kediaman PR1MA ini terletak di kawasan yang berkomuniti dan mempunyai pelbagai jenis dan juga saiz. Rumah PR1MA ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai Rumah PR1MA ;

Semak Kelayakan Rumah PR1MA

Syarat Kelayakan dan Proses Memiliki Rumah PR1MA

    • Warganegara Malaysia.
    • Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas.
    • Pendapatan bulanan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 – RM15,000.
    • Rumah PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja.

Proses Permohonan Kediaman PR1MA

1. Pendaftaran

Layari www.pr1ma.my dan buka akaun, kemudian lengkapkan pendaftaran PR1MA yang mudah dengan segera bagi mendapatkan nombor rujukan PR1MA.

2. Pelancaran

Seterusnya, anda akan dimaklumkan mengenai pelancaran projek-projek PR1MA di lokasi  yang anda pilih. Pelancaran projek juga akan diiklankan di media sosial.

3. Permohonan

Anda perlu memohon projek bagi kediaman PR1MA yang telah dibuka untuk permohonan kerana pengundian tidak akan dilakukan secara automatik.

4. Pengundian

Proses cabutan undi secara telus dan terbuka akan dijalankan untuk pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

5. Pemilihan Unit

Anda akan dijemput untuk menghadiri sesi Pemilihan Unit dan anda boleh memilih unit pilihan anda namun ia bergantung kepada kekosongan.

6. Pembiayaan

Program Pemudah Cara Pemilikan Kediaman PR1MA adalah satu skim yang menawarkan pakej pembiayaan bagi anda untuk memiliki kediaman PR1MA dengan mudah.

        • Pembiayaan – pilih pakej pembiayaan yang paling sesuai dengan anda melalui panel bank PR1MA.
        • Skim Rent-to-Own – sekiranya permohonan pinjaman anda ditolak oleh bank panel kami, anda boleh dipertimbangkan untuk menyertai Rent-to-Own.
        • Care By PR1MA – nikmatilah perlindungan insurans kediaman yang lebih menarik dengan CARE BY PR1MA.

7. Perjanjian Jual Beli

Perjanjian Jual Beli (SPA) akan ditandatangani antara Pemaju (PR1MA) dan anda sebagai Pembeli kediaman tersebut.

8. Penyerahan Pemilikan Kosong

Setelah pembinaan rumah siap dan Sijil Perakuan SIap dan Pematuhan (CCC) diperolehi, rumah akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PR1MA

*Nota

          • Segala syarat tertakluk kepada garis panduan tambahan mengikut negeri.
          • Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
          • Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain.
          • Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.
Maklumat lanjut layari: https://www.pr1ma.my

 

Channel Telegram info bantuan kerajaan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!