KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
KerjaKosong.Co
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Kisah Untung RM30k Jual Apam Balik

Fyqa HR by Fyqa HR
January 4, 2020
apam balik
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Kisah Untung RM30k Jual Apam Balik | Walaupun tidak mudah untuk sampai ke tahap ini, namun pasangan muda ini berjaya mengharungi cabaran tersebut hingga ke tahap sekarang. Bak kata Amalina, mereka pernah diangkut dengan majlis perbandaran, dikenakan saman, dibadai ribut, petirb sehingga khemah tempat berniaga tunggang langgang.

Namun pada dia, semua yang terjadi serta dugaan ini mematangkan dia serta suami dan tidak sedikit pun berjaya mematahkan semangat mereka untuk terus berniaga sehingga ke hari ini. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda mengenai kisah mereka.

Kisah Untung RM30k Jual Apam Balik

Jual Apam Balik Untung 30K

Pada mulanya perniagaan ini diusahakan bersama – sama suami dan kini perniagaan ini telah menjadi punca pendapatan tetap bagi bekas guru Bahasa Inggeris ini. Nur Amalina merupakan seorang lepasan graduan dalam jurusan TESL (Teaching ENglish as Second Language).

Walaupun beliau mempunyai kelulusan yang tinggi namun dia telah mengambil keputusan untuk behenti menjadi seorang pengajar bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan sehingga beliau dan suami mampu mencipta nama serta mengembangkan lagi perniagaan mereka.

JawatanLain-Lain

Jawatan Kosong KKM Ambilan Besar-besaran! 2196 Kekosongan. Minima SPM.

Kerjaya Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Minima SPM. RM1,352.00 – RM12,444.00

TERKINI : Jawatan Kosong LHDN. Gaji RM2,198.00 – RM9,042.00

Kisah Untung RM30k Jual Apam Balik
Jika diceritakan mengenai pengalaman sebelum berjaya. Terlalu banyak dugaan yang perlu mereka lalui.  Malah, mereka juga telah mencuba bermacam-macam jenis bisness. “Kami pernah mencuba jual air jagung, air mangga di pasar malam.Tapi semua tu tak berjaya. Tapi alhamdulillah akhirnya kami jumpa apam balik, iaitu Apam Balik Istana.”- Amalina

apam balik nipis 1

apam balik istana

Walaupun pada mulanya perniagaan mereka tidak mendapat sambutan namun ia tidak langsung mematahkan semangat mereka. Malahan mereka lebih bekerja keras untuk membuat yang terbaik untuk perniagaan mereka. Dan sekarang, siapa sangka dengan hanya menjual apam balik sahaja, mereka memperoleh pendapatan mencecah sehingga RM30,000 sebulan!

Mereka juga sering menerima tempahan katering bagi pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan, hari jadi, akikah dan sebagainya. Tetapi jika anda berminat untuk rasa kerangupan dan keenakan Apam Balik Istana ni, anda boleh kunjungi gerai mereka di USJ 3/4 Subang Jaya dan untuk kawasan Kelana Jaya, anda boleh waze je Apam Balik Istana KJ.

Begitulah kuatnya kuasa rezeki. Jika kita korbankan sesuatu, pasti akan ada sesuatu perkara yang baik kemudian hari “Kita pegang satu kata-kata ni. Kalau kita cari dunia, kita akan dapat dunia sahaja. Tapi kalau kita kejar dunia dan akhirat, kita akan dapat kedua-duanya.” – Nur Amalina.

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Categories

  • 1MDB
  • Biasiswa
  • BMW Malaysia
  • Car
  • Cara Memohon
  • Creative Commons Malaysia
  • Jawatan Kosong Johor
  • Jawatan Kosong Kedah
  • Jawatan Kosong Kelantan
  • Jawatan Kosong KL
  • Jawatan Kosong Kuantan
  • Jawatan Kosong Melaka
  • Jawatan Kosong Pahang
  • Jawatan Kosong Perak
  • Jawatan Kosong Perlis
  • Jawatan Kosong Pulau Pinang
  • Jawatan Kosong Putrajaya
  • Jawatan Kosong Sabah
  • Jawatan Kosong Sarawak
  • Jawatan Kosong Selangor
  • Jawatan Kosong SPA
  • Jawatan Kosong Swasta
  • Jawatan Kosong Terengganu
  • Jawatan Kosong Terkini
  • Jawatan Negeri Sembilan
  • KWSP
  • Lain-Lain
  • LBBG
  • Meps Atm
  • Pakatan Rakyat
  • Pegawai Tadbir
  • Perkeranian / Operasi
  • Portal Rasmi
  • PSH
  • SAPS
  • SPA
  • SPP
  • Utusan Group
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Post A Job
  • Privacy Policy
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Dapatkan Jawatan Tanpa Kabel WHATSAPP