Tapisan Temuduga SPA

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Tapisan Temuduga SPA | Kita semua sedia maklum dimana proses temuduga amatlah ditakuti oleh kebanyakkan calon temuduga SPA Kerajaan. Sebelum menghadiri temeduga korang pasti sudah mencari tips yang dapat membantu korang untuk menghadapi temuduga tersebut bukan?

Kali ini, kerjakosong.co akan kongsikan kepada korang mengenai tapisan dan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41.

Tapisan Temuduga SPA

PENGALAMAN SEPANJANG MENJALANI TEMPOH TAPISAN DAN TEMUDUGA SPA BAGI JAWATAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK [PTD] M41

Kepada yang bercita – cita nak jadi PTD, korang dialu – alukan untuk membaca hingga ke akhir. Kalau korang nak tau, PTD ni adalah antara jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Tapi kalau korang nak tahu selanjutnya mengenai PTD anda boleh google dahulu.

Pihak SPA membuat sistem 4 peringkat (4 stage) sebelum korang betul – betul berjaya mendapatkan jawatan PTD ini. Kalau korang nak tahu, proses untuk dapatkan jawtaan PTD ini juga tak sama seperti dulu kerana sekarang sudah ramai yang berkaliber dan juga berpotensi tinggi yang menjadikan persaingan makin sengit. Proses bagi pemilihan PTD ini mengambil masa yang agak lama dan amat memerlukan kesabaran serta kecekalan yang sangat tinggi.

Terlebih dahulu, korang perlu mendaftar serta memohon terlebih dahulu jawatan ini melalui laman web SPA8i, seterusnya tunggu sehingga korang dapat email untuk jawab soalan secara online.

STAGE 1 : Jawab Peperiksaan Online

Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pengetahuan am, matematik dan juga english .

A) Pengetahuan Am

Soalan soalan dalam bahagian ni menguji pengetahuan am korang mengenai Malaysia. Masa untuk menjawab sangatlah suntuk, kalau korang rasa sempat untuk google jawapannya memang tidak! antara soalan yang ditanya adalah mengenai fungsi kementerian, jabatan jabatan kerajaan dan lain lain. kalau boleh korang carilah geng supaya dapat tolong.

B) Matematik

Soalan bagi bahagian ni memang memerlukan korang untuk kira – kira tapi memang takcukup masa jadi soalan yang tak sempat jawab, saya hanya meneka dengan menjawab dengan jawapan yang sama.

C) English

Kalau rasa kurang menguasai bahasa inggeris, ajaklah kawan yang pandai untuk menjawab bersama.

STAGE 2: Ujian Kecergasan Fizikal

Setelah selesai stage 1, korang kena tunggu lagi untuk emel kedua untuk stage 2 iaitu ujian kecergasan fizikal. Dimana, semasa hari kejadian sebenar, korang kena buat  5 ujian fizikal.

    • ujian tekanan darah
    • ujian jangkau
    • ujian genggaman tangan
    • ujian lompat jauh
    • ujian tekan tubi
    • Beep test – short run test [lari ulang alik dalam tempoh masa ditetapkan]
*Kebanyakkan akan kecundang semasa beep test disebabkan stamina yang tidak kuat. Sebelum korang nak ambil ujian ni, korang kena pastikan yang korang tidur dengan cukup, makan terlebih dahulu biar ada sedikit tenaga.

STAGE 3: PAC (Program Assessment Centre)

Pada stage 3 pula, korang akan diuji tahap kemampuan korang menulis dan soft skills korang akan dilihat. Dalam stage 3 ni ada 7 test yang korang kena lalui.

      • Test 1 – esei BM [cara2 meningkatkan pendapatan per kapita negara]
      • Test 2 – esei English [how to avoid child abuse]
      • Test 3 – pengucapan awam BM – [ciri2 pekerja AMANAH]
      • Test 4 – pengucapan awam BI- [tell me about the last book that you read]
      • Test 5 – perbincangan berkumpulan BM – [pasal perbandaran alam sekita]
      • Test 6 – perbincangan berkumpulan BI -[is online video games will lead to violence behavior among the gamers?]
      • Test 7 – aktiviti berkumpulan – buat menara pakai straw dan surat khabar.
Semasa tempoh menunggu keputusan PAC dan juga interview, korang kena jawab ujian psikometrik secara online. Dorang akan bagi link dan tempoh menjawab semasa korang pergi PAC test. Korang kena aware supaya tak terlepas jawab soalan online test ni okay.

STAGE 4 : Temuduga

Stage yang terakhir iaitu temuduga bersama pihak SPA. Semasa hari kejadian, akan ada staf yang ajar korang susun – susun sijil dan sijil tu takperlu pun hias dengan letak tagging atau tajuk sebab nanti dorang akan suruh buang je. Dorang memang nak tengok sijil yang berkaitan sahaja. Sedikit tips untuk korang :

      • Walaupun korang gementar tapi korang perlu tetap bertenang.
      • Sentiasa yakin tapi jangan terlebih yakin.
      • Pakai pakaian yang cerah bertie, blazer, kilatkan kasut, rambut sentiasa kemas
      • Resume yang mantap tetapi jangan terlalu banyak warna dekat resume
      • Jangan lupa baca bismillah

Antara soalan yg ditanya [semua dalam BAHASA MELAYU kecuali soalan terakhir ]:

      • Kenapa kamu nak jadi PTD sedangkan kamu belajar health science?
      • Bagaimana cara untuk kurangkan rasuah/meningkatkan kesedaran integriti di negara kita?
      • Namakan negara2 di Benua Afrika
      • Namakan negara2 yang terdapat di bahagian Scandinavia
      • Siapakah Mantan KSU?
      • Berapakah jumlah penduduk di Malaysia (secara tepat)?
      • Berapakah jumlah penjawat awam di Malaysia (secara tepat)?
      • Negara Malaysia penuh dengan bantuan kebajikan bagi mereka yg memerlukan. Namun kenapa masih ada golongan yang hidup bawah jambatan / kais pagi makan pagi kais petang makan petang? Kalau kamu dipilih sebagai wakil rakyat, apa yang akan kamu lakukan?
      • Bilakah sukan Olimpik dan di mana?
      • Huraikan mengenai BREXIT?
      • Huraikan pasal Revolusi Perindustrian 4.0
      • Kamu ada kawan yang berada di luar negara dan bagaimana kamu hendak pujuk dia untuk datang ke Malaysia? Kamu perlu pujuk seolah kalau dia tidak datang ke Malaysia, dia akan menyesal (IN ENGLISH)
Kalau korang melepasi stage 4 ini iaitu dengan lulus interview, korang akan meneruskan dengan stage 5.

STAGE 5 : Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam – INTAN

Sebelum dilantik menjadi PTD, korang kena buat Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam di INTAN terlebih dahulu selama sepuluh bulan. Setelah lulus diploma ni barulah dapat dilantik sebagai PTD.

Kepada yang ingin memohon jawatan ini, diucapkan selamat berjaya!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!