Lain-Lain » Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE)

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE)

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) | Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah lupa akan tanggungjawab mereka dalam mengurangkan beban rakyat. Oleh hal demikian, Kerajaan Negeri Selangor telah mewujudkan satu lagi bantuan yang mana telah tertumpu kepada golongan yang berpendapatan rendah serta kurang berkemampuan. Sehingga ke hari ini telah ramai yang menikmati hasil daripada inisiatif ini. Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai bantuan ini dan juga cara cara membuat permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE).

Roda Darul Ehsan (RiDE)

Berdasarkan Belanjawan Selangor 2020, telah diperuntukkannsebanyak RM1 juta sebagai subsidi bagi program yang dikenali sebagai Roda Darul Ehsan (RiDE). Terbaharu, Menteri Besar Selangor telah menambah sebanyak RM1 Juta lagi ke atas dana awalan. Program ini diperkenalkan bagi membantu anak muda yang berkelayakan untuk mengambil lesen motorsikal dengan bantuan subsidi daripada kerajaan negeri Selangor

Seramai 3,000 anak muda negeri Selangor ditargetkan sebagai penerima faedah program Roda Darul Ehsan (RiDE). Subsidi sebanyak RM350 juga akan diberikan kepada penerima Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi mengambil kursus latihan lesen motor. Untuk makluman, harga lesen motor terkini adalah dalam lingkungan harga RM350 hingga RM450 mengikut pengusaha pusat latihan memandu masing-masing.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, perkembangan industri penghantaran dan logistik dapat membantu anak-anak muda miskin bandar dalam meningkatkan ekonomi diri secara khususnya dan keluarga secara amnya. Maka, inisiatif ini akan menjadi aset anak muda dalam menceburi bidang tersebut.

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah salah satu daripada inisentif bantuan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang diperkenalkan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020.

TARIKH PERMOHONAN RODA DARUL EHSAN (RiDE) 2020

MulaAkhir
1 Ogos 2020

 

Syarat Permohonan Roda Darul Ehsan 2020

Dibawah ini disenaraikan syarat kelayakan bagi Permohonan Roda Darul Ehsan 2020:-

  1. Pemohon merupakan anak kelahiran negeri Selangor
  2. Keutamaan kepada anak muda Selangor yang kurang berkemampuan atau miskin bandar

Langkah – Langkah Membuat Permohonan Roda Darul Ehsan 2020

Dibawah ini dikongsikan kepada anda langkah – langkah membuat Permohonan Roda Darul Ehsan 2020 :

  1. Pemohon boleh melakukan permohonan dengan mendapatkan borang di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing
  2. Permohonan akan melalui proses pemilihan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor
    Nota: Bagi permohonan mulai 1 Ogos 2020, cara permohonan akan dikemaskini sebaik sahaja telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri.

 

 

 

Leave a Comment

×