‘Rider’ Foodpanda Jadikan Gambar Anak-anak Semangat Ketika Bekerja. Lekat Gambar Anak-anak Pada Motosikal.

‘Rider’ Foodpanda Jadikan Gambar Anak-anak Semangat Ketika Bekerja. Lekat Gambar Anak-anak Pada Motosikal

Seharian penat bekerja, namun telatah anak-anak menunggu kepulangan ayah di rumah boleh meringankan segala penat lelah bekerja mencari rezeki di luar rumah.

Mungkin ini antara ibu ayah membawa gambar keluarga mereka ke mana sahaja, di dalam beg dan dompet termasuk ke tempat kerja.

Inilah yang dilakukan seorang rider Foodpanda di Singapura yang melekatkan gambar kanak-kanak dipercayai anaknya pada motosikal, membuatkan orang ramai warga net tersentuh.

Dalam gambar dikongsikan Bart Salleh, kelihatan helmet lelaki itu juga dipenuhi pelekat kartun dipercayai milik anak-anaknya.

‘Rider’ Foodpanda Jadikan Gambar Anak-anak Semangat Ketika Bekerja. Lekat Gambar Anak-anak Pada Motosikal.

“Bila saya tengok helmetnya, saya tertanya-tanya kenapa dia buat macam tu kepada pakaian hariannya.. Kemudian saya tersedar.”

Perkongsian itu telah mendapat lebih 20 ribu tanda suka dan 18 ribu perkongsian di laman Facebook.


Rata-rata ramai yang  terharu dan mendoakan keselamatan lelaki tersebut dan keluarganya.

Moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kami ucapkan kepada semua yang mencari rezeki di luar sana.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×