Jual Produk Dari Rumah Hingga Bergelar Jutawan Berjaya, Kisah ‘Founder’ Ini Buat Ramai Kagum

Jual Produk Dari Rumah Hingga Bergelar Jutawan Berjaya, Kisah ‘Founder’ Ini Buat Ramai Kagum

Kejayaan yang ditempa oleh Puan Siti Mariam Abdul Samad, pengasas di sebalik jenama produk rambut terkenal ‘’Faith Fleur’’ dipenuhi dengan perjalanan penuh liku. Bermula pada tahun 2017, dia mengambil keputusan memulakan perniagaan ini dari rumah hanya dengan berbekalkan tekad dan semangat yang tinggi untuk mengubah hidup dan keluar dari masalah kewangan.

Mula dari ‘kosong’ tapi tekad ubah hidup kerana hutang!

Ketika itu, kehidupan Puan Siti Mariam yang bertugas sebagai seorang jururawat swasta hanya sekadar cukup makan. Pendapatan suami yang hanya bekerja sebagai peniaga pasar malam, manakan mampu menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ditambah dengan hutang mencecah RM100 ribu ringgit, mereka hidup dalam tekanan kerana menangung beban yang besar!

Mula ambik stok dari kilang ke rumah, pinjam kereta orang!

Namun, wanita besi berusia 30 tahun ini bangkit mengambil keputusan berani meninggalkan kerjayanya dan menceburi bidang perniagaan tanpa adanya pengalaman.

Mujurlah, dia mempunyai ‘support system’ iaitu suami, Muhamad Abdul Halim Bahadorisam dan adik-beradik untuk membantunya menguruskan stok yang diambil dari kilang. Titik kesusahannya apabila dia pernah menebalkan muka meminjam kereta dari orang lain untuk mengambil semua stok tersebut.

Tetapi, tidak terhenti setakat itu apabila stok yang diambil bukan boleh terus dijual tetapi perlu melalui proses secara manual di rumah termasuk dalam menyediakan stiker dan melekatkan pada setiap produk tanpa adanya bantuan dari pekerja.

Tiada istilah putus asa, dia bertungkus-lumus memasarkan sendiri produk kepada orang ramai. Kegigihahnnya mula membuahkan hasil apabila produk Faith Fleur yang bermaksud kesetiaan dan bunga dari perkataan Perancis mula mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat.

Dalam tempoh setahun berjaya buka syarikat dan miliki tiga gudang seluruh negara!

Bayangkan dalam tempoh setahun, wanita yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan bermula dari rumah ini berjaya membuka sebuah syarikat secara rasmi pada 10 Februari 2017 iaitu CTYMARY Resources Sdn Bhd bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Malah, dia juga mampu menggaji beberapa orang pekerja.

Tidak cukup di Semenanjung, Puan Siti Mariam mula melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan ofis kedua di Bintulu, Sarawak pada Setember 2018 dan ofis ketiga di Sabah pada tahun 2020 kerana produk Faith Fleur mendapat permintaan yang sangat tinggi dengan ribuan stokis dan agen di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.

Kenapa Faith Fleur sentiasa menjadi pilihan?

Antara faktor utamanya keberkesanan produk penjagaan rambut ini yang halal dan mesra wuduk, bahan-bahan yang terdapat di dalam Faith Fleur telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan Soap.

Usaha kerasnya melayakkan Puan Siti Mariam bergelar jutawan dengan pendapatan jutaan ringgit saban tahun dan telah membantu ramai suri rumah untuk keluar dari kemiskinan hidup dengan cara menjadi dropship Faith Fleur bermula dari modal yang rendah.

Kini, setelah hampir empat tahun mengemudi empayar Faith Fleur, Puan Siti Mariam boleh berbangga dengan pencapaian ‘luar biasa’ apabila produk Faith Fleur di bawah CTYMARY Resources berjaya memiliki tiga gudang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berkat kegigihan, semangat tidak putus asa, produk berkualiti dibantu dengan teknik dan strategi pemasaran yang betul.

Lebih mengujakan, papan iklan berkaitan produknya pula menghiasi setiap lebuh raya utama seluruh negara. Kejayaan wanita ini dalam membangunkan jenama produk rambut terkenal Faith Fleur turut mendapat tempat di kaca TV dan media cetak. Bermula dari ‘kosong’, pencapaian anak tempatan sehingga menembusi pasaran antarabangsa ini sangat membanggakan!

Anugerah yang dimenangi!

Bukan calang-calang apabila anak didik kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman ini pernah diiktiraf sebagai pemenang bagi Anugerah Outstanding Achievement 2018 oleh Richworks International.

Selain itu, Faith Fleur telah merangkul empat anugerah dalam Titan Awards 2019 oleh Richworks International yang menghimpunkan jenama produk dan usahawan dengan keuntungan produk jutaan ringgit.

Malah, Faith Fleur telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila dinobatkan anugerah Top Excellence Brand dan Anugerah Asia Pacific Beauty, Slimming & Hair Trusted Brand 2019-2021 dalam majlis anugerah The 18th Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2019.

Terus melakar kejayaan, Faith Fleur telah meraih dua lagi kemenangan iaitu Serum Rambut Terbaik dan Semburan Rambut Terbaik pada majlis anugerah Natural Health and A Healthy Lifestyle Reader’s Choice Awards 2019 pada Februari 2020.

Biarpun banyak perniagaan bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak Mac 2020, Faith Fleur tidak menoleh ke belakang apabila membuktikan kejayaan mereka dengan memenangi anugerah The BrandLaureate eBranding Awards bagi kategori ‘’Haircare Solutions’’ pada Disember tahun lalu.

Tidak terkecuali, Faith Fleur turut mendapat pengiktirafan daripada Nona Superwoman Award 2020 menerusi dua anugerah iaitu ‘’Nona Best Hair Care Product’’ dan ‘’Nona Best Accomplishment Business’’ bagi tahun 2020.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×