KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Mulai Esok 15 Jun 2021

Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Mulai Esok 15 Jun 2021

Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Mulai Esok 15 Jun 2021

Bagi anda yang mendapat status Tidak Lulus / Gagal selepas membuat semakan BPR, sila rujuk cara-cara untuk membuat rayuan BPR di portal bpr.hasil.gov.my secepat mungkin apabila dibuka nanti.

Untuk makluman, rayun BPR hanya akan dibuka bermula 15 – 30 Jun 2021.

1. Cara membuat rayuan BPR Fasa 2 online

Tak perlu buat semakan bayaran BPR untuk melihat samada duit BPR masuk dalam akaun bank ataupun tidak. Sekarang ini, anda mendapat status TIDAK LULUS permohonan BPR. Jadi, jika gagal dalam permohonan, tentu sekali tidak akan dapat bantuan. Sila buat rayuan BPR secepat mungkin.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat rayuan BPR:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, akan akan dapat masuk ke portal MyBPR
  10. Klik butang Semakan Status
  11. Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
  12. Jika benar memang status tersebut ialah TIDAK LULUS, teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  13. Tunggu sehingga paparan Permohonan Rayuan menunjukkan Berjaya
  14. Untuk pengesahan, klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  15. Kami sarankan anda screenshot dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang (Jika ada apa-apa masalah, boleh rujuk semula)

2. Boleh buat rayuan di kaunter cawangan LHDN?

Sebelum ini, semasa proses rayuan BPN 1.0 dan BPN 2.0, mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN.

Mereka hanya perlu isi borang rayuan BPN 1.0 atau BPN 2.0 dan menyertakan dokumen seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Surat rayuan
  3. Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan

Untuk rayuan BPR, masih belum dapat dipastikan samada dibenarkan untuk merayu di kaunter LHDN.

Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.

3. Boleh merayu BPR melalui email?

Sebelum ini juga, sesiapa yang ingin merayu bantuan BPN 1.0 dan BPN 2.0 boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke [email protected]

Walau bagaimanapun, untuk rayuan BPR kali ini, masih lagi belum ada berita samada boleh hantar melalui email atau tidak. Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
×