KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah

Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah


Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah

i-Saraan KWSP

Insentif Persaraan (i-Saraan) dengan Caruman Sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksima sebanyak RM 250 setahun.

Manfaat-Manfaat i-Saraan KWSP

  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum sendiri.
  • Anda mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda.
  • Membolehkan anda menerima insentif sebanyak 15% atau RM 250 setahun.
  • Bantuan kematian sebanyak RM 2,500 tertaklut terma dan syarat KWSP

Senarai Golongan Mereka Yang Bekerja Sendiri

Di bawah merupakan senarai mereka yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :

  1. Petani / Nelayan / Pemandu teksi dan e-hailing
  2. Pengasuh bayi
  3. Ejen insurans dan hartanah
  4. Freelancer (penyanyi, pelakon, perunding, jurulatih kesihatan. deeajay)
  5. Pemilik perniagaan dalam talian
  6. Pemilik perniagaan
  7. Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
  8. Suri rumah
  9. Pekerja berpencen

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Individu yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap, suri rumah dan pekerja berpencen
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

Cara Mohon i-Saraan

Kepada yang berminat untuk memohon i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja) KLIK DISINI
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran) KLIK DISINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – Tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun untuk semua pencarum

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

×