
Dimaklumkan bahawa ramai pemohon i-Sinar yang sudah menerima pembayaran sejak awal Mei lalu.
Saat cuba mencari informasi terbaharu mengenai pembayaran i-Sinar, terlihat posting yang dimuatnaik oleh orang ramai yang meluahkan rasa bimbang tentang bantuan tersebut.

Rata-rata dari mereka berharap agar pemberian bantuan ini akan terus dilanjutkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak berkesudahan.


Tarikh Pembayaran i-Sinar Mei
Bagi pembayaran i-Sinar telah dilaksanakan pada seawal 3 Mei dan seterusnya mengikut kelompok masing-masing dan pembayaran akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan seterusnya kepada penerima Kategori 2.
Kenyataan Rasmi KWSP
Pihak KWSP telah mengumumkan akan pembayaran pada bulan Mei akan bermula pada 3 Mei secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021. Semua pemohon bakal mendapat bayaran sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.
Pengkreditan bayaran ke akaun bank pemohon akan mengambil masa selama 1-5 hari mengikut prosedur bank anda. Sebagai contoh, KWSP telah melakukan pembayaran pada 4 Mei (sama seperti jadual i-Akaun), wang tersebut akan masuk ke akaun bank anda antara 1-5 hari bekerja (isnin-jumaat).
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.