
Bantuan sebanyak RM700 bakal di agihkan kepada seramai 29,400 orang asnaf di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal menerima bantuan Aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri Hal Ehwal Agama berkata, bantuan ini akan memerlukan peruntukan sebanyak RM20.3 Juta yang bakal dijangka dapat meringkan beban bagi golongan itu di dalam menyambut Aidilfitri.

BANTUAN AIDILFITRI BAITULMAL MAIWP
Bantuan ini merupakan salah satu daripada skim bantuan sedia ada yang disediakan oleh pihak MAIWP dan pihak MAIWP berharap agar bantuan ini dapat melaksankan agihan bantuan ini kepada penerima dengan cepat mengikut keperluan asnaf.
GOLONGAN SASARAN YANG LAYAK
Bantuan Aidilfitri ini melibatkan seramai 29,400 asnaf di :
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
KADAR BANTUAN
RM700 seorang
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN AIDILFITRI
Bayaran Bantuan Aidilfitri akan dikreditkan ke akaun penerima Bantuan Kewangan Bulanan sedia ada secara berperingkat bermula :
5 Mei 2021
Bantuan ini juga menyalurkan bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 kepada penghuni institusi di bawah MAIWP iaitu seramai 420 pelajar Darul Kifarah, 250 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal dan 38 pelatih Dar Assaadah.
Pada program itu, MAIWP turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 kepada 100 ketua keluarga, hasil sumbangan Lembaga Tabung Haji serta bantuan makanan keperluan oleh QSR Brands dan Pasta Panas.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.