KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Cara Tebus kredit e-Wallet RM150 (Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go)

Cara Tebus kredit e-Wallet RM150 (Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go)


Cara Tebus kredit e-Wallet RM150 (Boost, ShopeePay dan Touch 'n Go)

Menerusi program e-Belia, kerajaan akan mengkreditkan RM150 ke dalam akaun e-Wallet belia dan mahasiswa berusia 18-20 tahun.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini merupakan salah satu langkah untuk menyokong inisiatif pendigitalan dengan menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia.

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dalam satu kenyataan media di laman facebooknya menjelaskan ianya bertujuan untuk meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Kerajaan telah menambah baik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sebanyak Rm100 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

Setiap penerima yang layak akan mendapat nilai kredit berjumlah RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

Mengulas dengan lebih lanjut, eBelia ini hanya ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet. Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah sati perkhidmatan e-tunai ini.

Tempoh tuntutan kredit ini adalah dari 1 Jun sehingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh untuk dibelanjakan sehingga 31 Julai.

Inisiatif eBelia ini dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Data tersebut akan disemak secara silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 jun ini.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×