Kerajaan Bakal Melaksanakan Gaji Minimum RM1500
SHAH ALAM : Pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 melibatkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2023.
Penguatkuasaan di bawah Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 itu melibatkan semua sektor termasuk perladangan, pertanian dan pembuatan kecuali perkhidmatan domestik dan aparentis.
Berdasarkan keputusan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, penguatkuasaan tersebut telah ditangguhkan selama enam bulan berbanding tarikh awal yang ditetapkan iaitu 1 Januari 2023.
Penguatkuasaan Gaji Minimum RM1,500
Pelaksanaan gaji minimum baharu itu kerajaan telah luluskan pada 19 Mac 2022 dan diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara pada 27 April 2022.
Oleh demikian, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menguatkuasakan perkara tersebut untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih bermula 1 Mei 2022.
Walau bagaimanapun, semua majikan yang mempunyai kurang daripada 5 pekerja dikecualikan di bawah peraturan dan PGM 2022 akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata keputusan itu diambil kerajaan selepas mempertimbangkan kehendak kategori majikan yang berkaitan untuk menguatkuasakan gaji minimum baharu untuk pekerja mereka.
Kata beliau, selepas mengambil kira semua pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun hadapan.
Beliau menegaskan, majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih dan tanpa mengira jumlah pekerja, majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Clasiffication of Occupation, MASCO) masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula pada 1 Mei lalu.
“Justeru itu, majikan yang tidak terlibat dengan penangguhan ini hendaklah terus mematuhi pelaksanaan PGM dengan membayar gaji minimum RM 1,500 sebulan kepada pekerja. Akhir sekali, KSM berharap penangguhan ini diterima baik oleh semua pihak,” katanya.
Untuk Memohon Jawatan Kerja (Tekan Link Dibawah):
- Pengambilan Jawatan Kosong Di Jabatan Kerajaan Gaji RM2,100
- Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2023
- Jawatan Kosong di AirAsia Berhad Sehingga 25 Julai 2023
- Jawatan Kosong di Honda Malaysia Sdn Bhd
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Ikuti Telegram Rasmi Jawatan Kosong Kerajaan :