Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2023 untuk dimohon sekarang. Ambilan terkini kini dibuka bagi mereka yang layak.
Berikut adalah maklumat lanjut untuk jawatan ini.
Maklumat Jawatan Kosong TNB
Tarikh: 20 Jun 2023
Lokasi: Malaysia
Syarikat: Tenaga Nasional Berhad
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs Ready To Work (PROTEGE-RTW) Fasa 8 (Pengambilan Tahun 2023/2024)
- Tarikh Tutup Permohonan16 Julai 2023
Apa itu PROTÉGÉ-RTW?
- Program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
- Antara perkara penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan
- Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan.
Struktur Latihan
Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang turut serta)
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB/ Anak Syarikat/ pemain industri bekalan elektrik.
- SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
- Had umur tidak melebihi 27 tahun.
- Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
- Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik.
- Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
- Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama TNB/ Anak Syarikat sebelum ini.
Faedah Penyertaan
- Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
- Kelayakan Cuti Tahunan
- Potongan PERKESO & EiS
- Bayaran balik rawatan perubatan
Komitmen Pelatih
TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 8 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 8 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.
Mohon Disini: MOHON SEKARANG