PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (CALON BUKAN ISLAM)
Pemohon diwajibkan untuk membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Di Tawarkan
JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
(CALON BUKAN ISLAM)
KEKOSONGAN JAWATAN : 02
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK / TETAP
GRED JAWATAN / GAJI : GRED J19
RM1,377.00 – RM4,052.00
Syarat-syarat Kelayakan & Tugas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan;
- Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyelenggaraan dan operasi kerja-kerja pembakaran mayat / krematorium dan pengkebumian jenazah bukan Islam.
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon hendaklah memastikan Sijil Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga masih belum tamat tempoh.
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di iklan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
Calon yang mempunyai Ijazah, diploma / sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web http://www2.mqa.gov.my/mqr/
Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, Sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.
CATATAN
- Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.
TARIKH BUKA IKLAN : 19 JUN 2023 (ISNIN)
TARIKH TUTUP IKLAN : 10 JULAI 2023 (ISNIN)
Untuk Memohon Jawatan Kerja Yang Lain (Tekan Link Dibawah):