
Selepas musim hujan di Malaysia, kini kita beralih ke musim panas. Setibanya peralihan musim pasti akan mekar satu bunga dari pokok Tecoma yang mengeluarkan kelopak bunga berwarna merah jambu dan putih, seakan-akan bunga sakura di Jepun!
Kalau di Jepun, bunga Sakura ni akan berbunga ikut musim. Jadi orang tahu bila pokok Sakura akan berbunga. Tapi di Malaysia, pokok Tecoma ini suka buat kejutan. Tiba-tiba pokok ini berbunga je. Cantik macam bunga sakura!

Pemandangan pokok bunga Tecoma berwarna merah jambu itu bukan sahaja menghiasi satu dua negeri, tapi banyak negeri dalam Malaysia. Contohnya hasil carian dari Instagram mendapati pokok yang mendapat jolokan ‘Sakura Malaysia’ ini kelihatan di Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Selangor dan Putrajaya.

Di musim PKP ini pasti ramai yang rindu nak bercuti di luar negara. Kepada yang rasa ingin bercuti ke Jepun kini boleh mencari lokasi pokok ini.