
Kuali yang kita gunakan setiap hari memang mudah berkerak hitam dan susah untuk cuci. Pelbagai cara yang kita guna tetap susah untuk disental, ada yang sampai luka jari dan tapak tangan kalau kerak di kuali tebal. Rupanya guna kapur makan boleh tanggalkan bontot kuali berkerak hitam ni dengan mudah.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Amy Rosina sebagai rujukan;
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang. Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Bahan Diperlukan:
- Kapur Makan
- Kuali Besar
- Pisau

Cara Membuat:
1. Ini dia kuali yang sudah disental tapi masih lagi berkerak

2. Sapu punggung kuali dengan kapur. Ratakan kerak hitam tu.

3. Letak dalam kuali besar.

4. Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.

5. Nampak ada lekang-lekang dah.

6. Tuu kepingan hitam yang tanggal.

7. Kikis kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.

8. Kerak nipis gosok pakai berus dawai.



Senang sahaja..