Isu panas di mana pasangan usahawan terkenal didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard atau SOP ketika mengadakan majlis pertunjukan fesyen atau ‘fashion show’, beberapa hari lalu.
Baru-baru ini, perkhabaran tersebut menjadi bualan hangat di laman sosial Twitter apabila segelintir netizen mendakwa usahawan terkenal tersebut tambahan lagi apabila gambar dan video sewaktu majlis tular di serata laman sosial.
Menerusi Twitter, individu yang dikenali sebagai @jeppppppppppp_ memulakan dakwaan dengan menyatakan kebanyakan tetamu yang menghadiri ‘show’ tersebut tidak memakai ‘mask’ sewaktu majlis pertunjukan fesyen itu berlangsung.
Adakah semua yang hadir kebal virus ke?
Melalui gambar yang dikongsi oleh @jeppppppppppp_, dapat dilihat hampir semua tetamu yang hadir di majlis itu tidak memakai ‘mask’. Malah, kesemuanya duduk begitu rapat di antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila @jeppppppppppp_ turut mendedahkan bahawa usahawan jenama pakaian terkenal itu turut mengakui sendiri bahawa majlis yang diadakan itu tidak mengikuti SOP, menerusi sebuah video yang muat naik olehnya.
Founder sendiri cakap tak follow SOP. Huhu pic.twitter.com/Z79n5AfkOu
— Ainnnnnn (@ain_nasar) March 25, 2021
“Hari ni memang SOP takde langsung,” ujar lelaki terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan usahawan terbabit. Apatah lagi ia boleh menyumbang kepada kenaikan kes COVID-19 di Malaysia.
Selain itu, mereka turut bersetuju dengan @jeppppppppppp_, menguatkan lagi dakwaan yang dikemukakan.
Tak pakai ‘mask’, tiada penjarakan sosial langsung
Macam takde SOP langsung
Duduk rapat2 pula
Sumber: Twitter @jeppppppppppp_