KerjaKosong.Co » Isu Semasa » Moratorium Selama 6 Bulan, Patut Mohon Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Moratorium Selama 6 Bulan, Patut Mohon Atau Tidak? Ini Penjelasannya


Moratorium, Patutkah anda ambil atau tidak? ini yang bermain dipikiran rakyat Malaysia sekarang.

Pastinya ini merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi dugaan PKP 3.0 ini.

Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan ini akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Justeru, timbul persoalaan di kalangan masyarakat, patutkah peluang ini dimanfaatkan atau sebaliknya?

Bagi menjawab persoalaan itu, salah seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Azizul Azli Ahmad ada memberi pendapat mengenai situasi ini.

Menurutnya, jika anda mampu kekalkan sahaja untuk membayar dan jika turut terkesan dengan keadaan sekarang ini, cuba untuk manfaatkan peluang dan kelebihan yang ada.

Jika anda tidak mempunyai Dana kecemasan, lebih baik anda mohon segera sebagai simpanan anda kelak. Katanya lagi, setiap daripada kita mempunyai situasi yang berbeza dan tidak perlulah mempersenda dan merendahkan kawan lain yang memanfaat peluang ini.

Dia turut mengingatkan orang ramai bahawa Hutang wajib untuk dibayar. Katanya lagi jangan terkejut jika tempoh pinjaman anda makin panjang dan baki hutang anda semakin meningkat.

Katanya jika anda berada didalam situasi 1 dan 2 kekalkan sahaja dan jika anda mempunyai simpanan atau duit lebih dari itu ambil sahaja.

Diingatkan lagi supaya jangan menyalah gunakan duit pula kerana pada bulan ke-6 nanti anda akan menyesal.

Hutang tetap hutang dan ianya hanyalah penangguhan bagi hutang yang anda lakukan dan bukannya pengecualian hutang tersebut. Jangan juga ambil moratorium masuk kelas seminar berbayar RM2000 kononnya belajar melabur, percayalah anda akan menyesal nanti!

Jangan guna moratorium untuk melabur Tanpa Modal juga, ini puncanya akan buat anda menyesal memilih jalan yang salah.

Cuma nak pesan, jika dapat moratorium, jangan simpan di dalam bentuk emas. Dia turut memberikan pendapatnya untuk menyimpan di dalam akaun ASB atau Tabung Haji sahaja.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×