KerjaKosong.Co » Cara Memohon » Cara Mohon Temujanji Online JPJ Negeri / Cawangan Mulai 1 Julai

Cara Mohon Temujanji Online JPJ Negeri / Cawangan Mulai 1 Julai


SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ BERMULA 1 JULAI 2021

Tempahan temujanji bagi urusniaga JPJ dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) adalah mengikut negeri dan tertakluk kepada urusniaga yang tidak dapat dijalankan secara dalam talian.

Semua urusan di kaunter JPJ perlu dilakukan secara temu janji terlebih dahulu. Walk-in adalah TIDAK DIBENARKAN.

Waktu Operasi Kaunter JPJ Dalam Tempoh PKP Fasa 1

Waktu operasi kaunter JPJ dalam tempoh PKP Fasa 1 adalah seperti dibawah:

  • Mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang
temujanji-jpj-online-1024x1024 (1)

Cara Permohonan Temujanji Online JPJ

  1. Pilih pautan temujanji online yang tepat untuk diisi mengikut negeri.
  2. Isikan butiran diri anda.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan.
  4. Pilih tarikh dan masa temujanji.
  5. Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.
temujanji-jpj-online

PERINGATAN PENTING: Temujanji yang tidak menggunakan NAMA SEBENAR dan NO K/P mengikut dokumen pengenalan diri asal akan dibatalkan dan temujanji berkenaan akan dibuka kepada pelanggan lain.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sistem dalam talian, sila hubungi nombor telefon mengikut cawangan yang ingin dihadiri seperti yang tertera dalam senarai di bawah:

nombor-telefon-jpj-negeri-01-1024x724 (1)
nombor-telefon-jpj-negeri-02-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-03-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-04-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-05-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-06-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-08-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-09-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-10-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-11-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-12-1024x724
nombor-telefon-jpj-negeri-13-1024x724

Urusan Yang Ditawarkan Di Kaunter

Untuk makluman, urusan yang dibolehkan untuk berurusan di kaunter JPJ sepanjang tempoh PKP Fasa 1 adalah seperti berikut

urusan-jpj-kaunter
urusan-jpj-kaunter-01

Terma & Syarat Temujanji Online JPJ

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat-lewatnya satu(1) hari sebelum tarikh temujanji (tertakluk kepada kekosongan Slot);
  3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu urusan kaunter bagi sesetengah Cawangan JPJ (rujuk Portal JPJ bagi maklumat Operasi Pejabat );
  4. Pemohon hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan atau Negeri Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat;
  5. Walau apapun masa yang dinyatakan dalam Slot Waktu sistem ini, ianya masih tertakluk kepada waktu urusniaga rasmi kaunter, waktu rehat kaunter, hari kelepasan am, cuti bencana, cuti peristiwa, pengisytiharan kerajaan dan apa-apa waktu yang diwartakan oleh kerajaan.
  6. Pemohon perlu berada di Pejabat JPJ seperti dalam Maklumat Temujanji sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temujanji. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  7. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  8. Sila rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia di www.jpj.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;
  9. Pautan pengesahan dan butiran temujanji boleh dihantar melalui aplikasi WhatsApp (jika dikemukakan) kepada nombor telefon pemohon atau dicetak. Sila tunjukkan pautan atau Slip Temujanji JPJ kepada pegawai bertugas apabila diminta semasa hadir temujanji;
  10. Sekiranya pemohon tidak mempunyai aplikasi WhatsApp, sila cetak Slip Temujanji di akhir proses pendaftaran. Pemohon yang gagal kemukakan Slip Temujanji atau pautan pengesahan tidak dibenarkan memasuki permis;
  11. Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir;
  12. Setiap individu hanya dibenarkan membuat maksima 3 tempahan Slot dalam satu tarikh. Untuk tidak mengganggu pelanggan lain, pihak JPJ berhak menghalang individu yang menempah melebihi 3 Slot dari membuat urusniaga bagi Slot ke-4 dan seterusnya dalam satu tarikh;
  13. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan;
  14. URUSAN PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT adalah digalakkan;
  15. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
  16. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  17. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan temujanji di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa;

Maklumat Lanjut

Manual Pengguna: https://sto.iactims.my/docs/Manual-Pengguna-Sistem-Temujanji-Online-JPJ.pdf?

Kemaskini dan info terkini akan dibuat menerusi Facebook Page rasmi JPJ Malaysia.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×