KerjaKosong.Co » Portal Rasmi » Login HRMIS 2.0 Online

Login HRMIS 2.0 Online


Login HRMIS 2.0 Online | Jika anda merupakan salah seorang kakitangan kerajaan ataupun seorang penjawat awam di Kementerian dan Jabatan Pelbagai Sektor, artikel ini khas buat anda. Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia atau nama singkatannya HRMIS kini telah ditambahbaikan dengan pengenalan HRMIS 2.0.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda dengan lebih lanjut mengenai HRMIS 2.0.

Login HRMIS 2.0 Online img

HRMIS 2.0

HRMIS adalah satu portal yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membantu bagi melancarkan pengurusan yang berkaitan Penjawat Awam supaya lebih sistematik dan berintegriti. Pelalaksaan HRMIS di Malaysia mempunyai dua fasa dimana fasa pertama bermula sejak 12 April 1999 iaitu dipanggil fasa pembangunan dan pelaksaan aplikasi HRMIS serta tamat 30 September 2004. Manakala HRMIS 2.0 pula dilancarkan pada 25 Mac 2015 dan dapat diakses melalui laman web yang telah disediakan.

Untuk makluman anda, sistem HRMIS digunakan dan dapat diakses oleh semua kakitangan penjawat awam kecuali yang berkhidmat di PDRM dan ATM. Hal ini demikian kerana, PDRM dan ATM mempunyai sistem mereka sendiri.

Cara Login HRMIS 2.0 Secara Online

Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk anda logmsuk ke sistem HRMIS 2.0. Anda boleh mengakses sistem ini menggunakan komputer atau muat turun di telefon pintar anda :-

Laman web rasmi : https://www.eghrmis.gov.my/
myHRMIS Mobile : MyHRMIS (Google Playstore) , MyHRMIS (iOS Appstore)

1. Layari pautan HRMIS 2.0
2. Klik pada ikon Aplikasi HRMIS 2.0

Login HRMIS 2.0 Online img 2
3. Login dengan isikan tempat kosong dan ID Pengguna HRMIS
4. Masukkan juga Kata Laluan HRMIS dan klik Hantar

Nota

Dasar Keselamatan ICT telah membuat keputusan dimana kata laluan HRMIS:

a) Mempunyai 12 aksara sekurang kurangnya
b) Mempunyai huruf dan nombor
c) Mempunyai aksara khas (cth, @)
d) Mempunyai huruf besar dan huruf kecil

Diminta kerjasama semua pengguna HRMIS supaya mengemaskini kata laluan supaya anda mematuhi syarat seperti diatas.

Login HRMIS 2.0 Online img 3

5. Pengguna akan dibawa ke Laman Utama HRMIS 2.0 seperti di bawah:

Login HRMIS 2.0 Online img 4

6. Terdapat pelbagai pilihan yang disediakan, anda boleh memilih salah satu submodul yang anda ingin akses. Antara fungsi yang disediakan oleh HRMIS 2.0 :

  • Pengurusan Cuti
  • Pengurusan Gaji
  • Pengurusan Perubatan
  • Pengurusan Persaraan
  • Pengurusan Pertukaran

7. Setelah tiba di laman fungsi tertentu HRMIS 2.0, gunakan navigasi di bahagian kiri
untuk beralih ke mana-mana submodul atau fungsi lain.

Login HRMIS 2.0 Online img 5
*Nota: Sila pastikan pengguna menggunakan pelayar atau peranti yang sesuai dengan sistem HRMIS 2.0 seperti ketetapan berikut:

Login HRMIS 2.0 Online img 6

Jika anda mempunyai sebarang masalah ketika mengakses HRMIS, anda boleh merujuk manual yang disediakan seperti dibawah :

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Logmasuk HRMIS 2.0, anda boleh merujuk maklumat seperti dibawah :

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×
Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes