Cara Transfer Maybank2u Tanpa TAC Number | Adakah anda seorang yang suka travel yang menggunakan Maybank2u sebagai alat untuk membuat pembayaran dan sebagainya? Jika anda selalu tertekan disebabkan nombor TAC lambat sampai terutama sekali apabila musim gaji, anda perlu baca tips dibawah.
Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda cara untuk transfer menggunakan Maybank2U tanpa perlu menggunakan nombor TAC.

CARA TRANSFER MAYBANK2U TANPA TAC NUMBER
Dibawah ini adalah langkah – langkah mudah yang perlu anda lakukan :
1. Muatturun aplikasi Maybank2U di Google Play atau App Store
2. Setelah selesai muat turun, login M2U anda dan pergi ke bahagian [Me]. Seterusnya, klik pada Aktifkan ‘Secure2u’ dan ikut langkah-langkah yang dipaparkan.

3. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

4. Masukkan kata laluan yang dihantar melalui SMS.

5. Dah siap! Seterusnya logkeluar dari M2U dan buka browser untuk login ke web Maybank2u.
6. Login ke M2U, kemudian anda perlu cuba transfer duit ke akaun sesiapa, minimun RM1.

7. Klik pada ruangan “Secure Verification”.

8. Semak aplikasi M2U bagi mengesahkan transaksi tersebut. Anda hanya perlu klik Approve.

9. Jika anda tidak mendapat sebarang notification, klik pada “tiga line” seperti dalam gambar.

10. Klik pada “Secure2u”. Anda akan dapat notification untuk approve di situ.

11. Transaksi berjaya. Jangan lupa logout dari kedua-dua app Maybank2u dan web M2U.

Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi Maybank2u.
Pm me
Pm me
Pm