
Alhamdulillah tahun ini bazar ramadhan boleh dibukan dengan SOP yang telah ditetapkan. Bila puasa mesti kita semua terliur melihat semua jenis air, apa lagi bila seharian sudah berpuasa.
Jika berkunjung ke bazar ramadan, terdapat pelbagai pilihan air dari bermacam warna dan perasa ada dijual. Memang tak sah kalau tak singgah beli. Selain daripada air katira yang sentiasa menjadi pilihan di bulan puasa, lemon pudina dan laici asam boi pun boleh buat kecur air liur!
Seorang wanita kongsi resepi ais lemon pudina & ais lemon pudina laici asam boi sesuai untuk dijual di bazar. Lepaskan kerinduan padaair yang kecur air liur ni , Nur Hanisah Kamaluddin berkongsi resepi. Apalagi jom cuba!
Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi

Assalamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi”. Sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa. Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedapp freshh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.
Sukatan untuk 1 balang air

Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter

Cara-cara

- Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan 1 liter air gula.
- Sunquick dan serbuk asam Knor masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau-kacau masukkan dalam bekas air lemon tadi
- Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak agak-agak je, 1 biji hiris lemon, daun pudina. Kacau-kacau siap untuk minum
- Ais lemon pudina laici asam boi (saya asingkn laici + asam bajet pack buat dalam 15-20 plastik jer.
Nak buat terus dalam balang pon boleh, janji sedap rasa laici,jangan kedekut bahan ye. Insyallah kalu sedap cust akan cari. Insyallah akan habis setiap hari.
Nota!
- Kalau nak buat banyak gandakan sahaja.
- Kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3 kali.
- Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
- Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat pada anda, anda boleh membuat air ini dirumah sekiranya anda tidak ke bazaar pada ramadhan kali ini. Selamat berbuka puasa!