BPR FASA 2 & 3 2021: Semakan Baki Bayaran BPR (Bujang/Isi Rumah)

Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1 telah selesai dibayar sepenuhnya kepada pemohon yang layak. Namun soalan yang sering ditanya bilakah pembayaran fasa 2 & 3 akan diterima?

Kami akan kongsikan tarikh semakan bayaran Fasa 2 & 3 bagi anda yang sudah menerima BPR Fasa 1.

BPR FASA 2 & 3: Semakan Baki Bayaran BPR (Bujang/Isi Rumah) 2021

SEMAKAN KADAR BAKI BAYARAN BPR MENGIKUT FASA

Bagi yang lulus permohonan, bayaran BPR dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3 – September 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:

BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

21 tahun ke atas RM350

Telah dibayar RM150,dijangka pada fasa 2 dibayar sekaligus RM200.

ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)

2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 – RM4,000

1 orang anak RM800 (Baki RM500)

2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 – RM5,000

1 orang anak RM500 (Baki RM200)

2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)

Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.

bpr-2021-fasa-2-dan-3

SOALAN LAZIM

Bila duit BPR dikreditkan ke akaun bank?

Dijangka awal bulan Mei 2021

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Penafian– Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “BPR FASA 2 & 3 2021: Semakan Baki Bayaran BPR (Bujang/Isi Rumah)” ini sahaja. kerjakosong tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Beza BSH & BPR

bpr-2021 (1)

Untuk BSH Bujang, penerima hanya dapat RM300, berbeza dengan BPR, penerima yang layak akan dapat RM350.

Bagi kategori keluarga B40 untuk BSH, penerima hanya dalam RM1,000. Untuk BPR bagi kategori keluarga, mereka yang layak akan dapat bantuan RM500 hingga RM1,800.

Maklumat Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1

Bayaran-BPR-Fasa-1

BPR fasa 1 telahpun diagihkan pada 24-26 Februari 2021 yang lalu. Sebanyak 500,000 lebih permohonan baru telah diterima. Dan hampir 3.9 juta orang telah kemaskini maklumat.

Tujuan kemaskini adalah untuk tujuan verifikasi dan untuk disemak silang di dalam sistem kerajaan.

Untuk BPR fasa 2, kerajaan akan umumkan tarikh kemaskini dalam masa terdekat. Mohon bersabar.

Alhamdulillah, semoga anda lulus bantuan yang diberikan kerajaan ini. Sila share artikel ini kepada lebih ramai orang. Semoga lebih bermanfaat.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×