KerjaKosong.Co » Isu Semasa » “Takut Bila Tahu Hamil Kerana Tak Mampu, Tapi Semuanya Tiba-Tiba Jadi Cukup” Anak Punca Rezeki!

“Takut Bila Tahu Hamil Kerana Tak Mampu, Tapi Semuanya Tiba-Tiba Jadi Cukup” Anak Punca Rezeki!


"Takut Bila Tahu Hamil Kerana Tak Mampu, Tapi Semuanya Tiba-Tiba Jadi Cukup” Anak Punca Rezeki!

Adalah idaman bagi setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan cahaya mata buat penyeri kehidupan seharian. Namun ramai yang mengambil langkah untuk merancang kerana kewangan yang belum stabil lebih-lebih lagi yang bekerja di bandar besar dan baru memulakan hidup setelah berkahwin.

Untuk memiliki anak, tinggi kos yang difikirkan termasuklah kos asuhan yang agak tinggi jika di bandar besar. Namun jika anda percaya pada rezeki anak, semuanya akan menjadi mudah dan tenang. Begitu juga yang berlaku pada Unisa Mohd melalui perkongsianya yang percaya pada rezeki anak.

Ingatkan UPT Rosak

Suami Risau Tak Mampu

Tiba-Tiba Semua Mampu

Anak Tu Punca Rezeki

Nak murah rezeki?

1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.

2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.

3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikanlah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.

4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.

5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.

6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.

7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.

8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.

Kredit: Unisa Mohd, Maryam Salleh

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di masa hadapan. Anak adalah rezeki dari Allah, semoga anda mendapat anak yang soleh dan solehah.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

×
Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes