Rahsia Penyimpanan Sehingga Sejuta

Sila Like Page Kami Untuk Info Terkini!

Rahsia Penyimpanan Sehingga Sejuta | Sudah semestinya kita mempunyai impian untuk mempunyai simpanan yang kukuh bukan? Seeloknya kita perlu menanam sifat suka menyimpan sejak kecil lagi. Apatah lagi apabila kita sudah dewasa dan masih kuat bekerja, pastinya untuk memiliki wang simpanan amatlah penting.

Kerjakosong.co akan kongsikan kepada anda rahsia penyimpanan sehingga sejuta!

Rahsia Penyimpanan Sehingga Sejuta

Rahsia Penyimpanan Sehingga Sejuta

1. Buka Akaun Tabung Haji

Kalau anda belum buka akaun tabung Haji, sila lakukanĀ  secepat mungkin. Buka akaun dengan nilai permulaan RM1300.

2. Buka Akaun ASB

Belum ada akaun ASB? Buka akaun ASB anda dan mula menyimpan dalam akaun tersebut. Kalau anda mahu “advance”, sila buka akaun ASBF dan beli sijil 50K, bayar secara bulanan sebanyak RM275. Namun anda juga perlu rujuk semula komitmen anda setiap bulan.

3. Ambil Medical Plan

Kalau tak mampu, tak perlu ambil yang berjuta – juta. Ambil yang anda mampu, sebagai contoh yang coverage RM150K, hanya perlu bayar RM75 setiap tahun.

4. Cari Pendapatan Sampingan

Sekarang ni agak banyak kerja sampingan yang anda boleh buat, sebagai contoh Grab, Grabfood ataupun FoodPanda. Pendapatan daripada kerja – kerja ni simpan dalam ASB. Anda juga boleh memulakan perniagaan secara kecil kecilan, mungkin sebagai dropship.

5. Belajar Mengenai Kewangan

Anda mempunyai pelbagai pilihan samada untuk membaca buku ataupun mempunyai masa lebih dengan telefon bimbit? Anda boleh baca di FB ataupun blog mengenai kewangan. Selain itu, anda juga boleh join seminar kewangan. Kalau taknak juga tapi anda ada kawan yang tahu mengenai kewangan? Ajak dia lepak dan sembang mengenai kewangan ni.

6. Sedekah

Kalau tak mampu nak sedekah setiap hari, setidak tidaknya bersedekahlah semasa hari jumaat. Jangan takut untuk memberi.

7. Kurangkan Guna Duit Untuk Perkara Tak Penting

Kalau anda ada kekasih, beritahu terus segala perbelanjaan dibayar secara asing. Kalau ada perokok, sila behenti merokok. Selain itu, takperlu ikut trend, cuba untuk hidup ikut kemampuan diri. Kalau rasa motosikal yang digunakan sekarang masih elok, tidak perlu tukar baru atau beli kereta yang diluar kemampuan anda. Anda juga perlu pandai bezakan yang mana kehendak dan keperluan agat tidak terlebih berbelanja.

8. Rajinkan Diri Memasak

Kalau anda dapat rajinkan diri untuk memasak, pasti anda akan dapat berjimat. Tapi jangan selalu makan mi segera pula!

9. Mohon PRS

Apa itu PRS? PRS adalah Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia. Anda boleh cari ejen diluar sana yang boleh menolong anda.

10. Buat Unit Amanah

Anda boleh buat ikut kemampuan anda. Market sekarang tengah best, jadi tunggu apa lagi!

11. Dapatkan Perlindungan Gaji Atau Takaful Nyawa

Dengan serendah RM38 sebulan, anda boleh dapatkan cover sebanyak RM50K. Ini adalah sebagai pelindungan untuk anda.

12. Buat Jadual Penyimpanan

Kalau anda malas untuk buat secara manual di buku, anda boleh terus download aplikasi yang di telefon anda.

13. Jangan Lupa Bayar PTPTN

Walaupun anda bersungguh – sungguh untuk menyimpan, tetapi jangan sesekali lupa untuk membayar PTPTN anda.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sila Share Artikel Ini Dahulu!